29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Putrajaya serah kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah

Anwar Ibrahim berkata, kelulusan Jemaah Menteri diperakui hari ini.-Gambar Fail

PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan Sabah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ia akan dilaksana selepas terima izin Agong.

“Kelulusan Jemaah Menteri telahpun diperakui hari ini,” katanya pada sidang media.

Perkembangan ini antara beberapa isu besar yang diluluskan Jemaah Menteri, selepas Anwar mengarahkan tunggakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Anwar berkata Jemaah Menteri akan mengumumkan beberapa kemajuan, bagaimanapun hal melibatkan perundangan akan perlu dibawa ke Parlimen.

“Ada hal lain yang melibatkan perundangan dan pindaan undang-undang itu terpaksa ditangguh sehingga sidang Parlimen, tapi beberapa isu besar kita (Jemaah Menteri) dapat luluskan.” -FMT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN