27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PUSPANITA Labuan bantu anak-anak yatim SK Lubok Temiang

BANTUAN…. Datin Dayang Pungut menyampaikan bantuan kepada Haji Adam sambil diperhatikan Bitah (kiri), Sunah (dua kanan) dan Rahman.

LABUAN: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perjawaran Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyampaikan peralatan sekolah seperti alat tulis, kamus buku dan botol air kepada 30 orang anak yatim piatu di Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT), pada Selasa.

Majlis penyampaian sumbangan  secara simbolik itu disempurnakan oleh Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Hajah Dayang Pungut Abdul Jalil kepada Guru Besar SKLT, Haji Adam Abdul Rahim yang mewakili anak-anak yatim.

Turut hadir Bendahari Biro Kebajikan, Bitah Takbilola, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sunah Haji Tahir dan PK Kokurikulum, Rahman Jaafar.

Dayang Pungut berharap menerusi bantuan tersebut dapat meringankan kerisauan penjaga yang terkesan pendapatan terutama golongan anak-anak yatim.

Katanya, SK Lubok Temiang tersenarai sebagai tiga buah sekolah di samping SK Tanjung Aru dan SK Bukit Kalam sasaran dalam projek masyarakat Maitah Ke Sekolah oleh Puspanita 2021.

“PUSPANITA Labuan berharap menerusi sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang terkesan dengan PKP yang sedang dilaksanakan,”katanya.

Sementara itu, Haji Adam bersyukur dengan rezeki awal tahun khususnya kepada golongan sasaran ini.

Beliau berharap agar bantuan ini sampai kepada anak-anak yatim tersebut dan dapat dimanfaatkan sepanjang PKP dan pelaksanaan PdPR.

“Kami berharap Program Maitah ke Sekolah oleh PUSPANITA ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang agar banyak lagi golongan sasar yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dapat dibantu,”katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN