Hajah Jaini Binti Majid penerima dos Penggalak.
RANAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah ini yang sebelum ini di tempatkan di Dewan Masyarakat daerah akan berpindah ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Ranau bermula esok (1 November).
Jurucakap PPV memaklumkan perpindahan lokasi dibuat memandangkan tidak lagi ramai yang hadir untuk menerima vaksin sama ada dos 1 atau dos 2 termasuk mereka yang genap enam bulan untuk menerima dos Penggalak (Booster) jenis vaksin Pfizer dan tiga bulan bagi vaksin Sinovac.
Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah, yang juga Ketua Pegawai Penyelaras PPV dewan masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimon memberitahu, mereka yang belum menerima vaksin supaya datang ke KKIA Ranau untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir.
“Kita mengharapkan kepada mereka yang belum menerima vaksin supaya hadir untuk menerima vaksin seperti yang syorkan pihak kerajaan.
” Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga, Komunti, Lindung Diri, Lindung Semua”, jelas Dr.Edwaider sambil memaklumkan setakat 29 Oktober seramai 57,350 (75 peratus) penduduk di daerah Ranau sudah menerima suntikan dos pertama dan 74.65 peratus (56,657 orang) menerima dos kedua.
“Diharapakan jumlah itu akan bertambah sebelum akhir bulan November tahun ini”, tambahnya.