PENYERAHAN SEMULA….Jumain (kanan) menyerahkan semula Dewan Kompleks Sukan (PKDC) Ranau kepada Muhammad Firdaus disaksikan yang lain.
RANAU: Penutupan dan penyerahan semula Premis Pusat Kuarantin (PK) Asrama Linawa dan Pusat Kuarantin Rawatan (PKDC) Dewan Kompleks Sukan di sini, secara rasminya pagi tadi, telah disempurnakan Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Ranau, Jumain Bin Abdul Ghani.
Jumain telah menyerahkan dokumen penutupan itu kepada, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Muhammad Firdaus Bin Kassim disaksikan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri bersama para jemputan yang lain.
Jumain dalam ucapannya, memberitahu penyerahan semula secara rasmi Asrama Linawa (PK) dan PKDC itu kepada pihak Lembaga Sukan Sabah adalah berikutan penurunan kes Covid-19 semakin baik dan kes jangkitan di daerah Ranaupun sudah berkurangan.
“Kita sama-sama mengharapkan tiada lagi kes-kes baharu yang dilaporkan berlaku di daerah kita.
“Jika sekiranya tiba-tiba ada laporan kes baharu jangkitan Covid-19, atau kes penyakit yang lain, maka kita akan memikirkan semula penggunaan kedua-dua lokasi ini”, jelas Jumain.
Beliau seterusnya mencadangkan satu lagi PKOB perlu diwujudkan di kawasan Kundasang sebagai persediaan untuk menempatkan rawatan pesakit Covid-19 dan mangsa sekiranya berlaku kecemasan lain seperti gempa bumi seperti yang berlaku pada tahun 2015.
“Memandangkan Kundasang terdedah kepada risiko kes gempa bumi, maka difikirkan perlu ada PKOB sebagai yang bertidak awal dalam menyelamatkan mangsa”, tambah Jumain.
Menurutnya, semua peralatan lebih 100 unit seperti tilam, bantal, tikar, selimut dan katil yang telah digunakan sepanjang rawatan dan Kuarantin Covid-19 di dua lokasi Kompleks Sukam Ranau, akan di teliti untuk diserahkan semula kepada yang berkenaan manakala yang dikenapasti sudah rosak akan dilupus (hapus kira).
Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah, Pengarah Hospital Ranau, Dr. Eva Candra Susanti Binti Suhali, Pegawai Kesihatan Daerah Ranau, Dr.Fiona V.Bizini, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR), Jupirin Bin Haji Ruhimin, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau, Mohd.Ridzuan Mohd.Taib, Pengurus Kompleks Sukan Ranau, Austin Orou, Pemimpin Kemajuan Masyarakat (PPM) N.38 Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda,
UPPM N.37 Karanaan, Rosdi Bin Abdul Ghani, Pegawai Pertahanan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,Lt.(PA) Adrian Duali dan Pengurus Asrama Linawa Kompleks Sukan Ranau, Siti Ahfidah Binti Rasmin.



