30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pupuk kesatuan GRS-PH, Robert Tawik sokong kenyataan Hajiji

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti StarSabah yang juga Pembantu Menteri Kementerian Kerjaya, Datuk Robert Tawik menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji B. Haji Noor, berkenaan kesatuan yang perlu dipupuk diantara GRS dan PH dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Ketua Menteri telah menegaskan bahawa keseimbangan politik Sabah sekarang sebahagian besar disumbangkan oleh PH setelah krisas politik yang melanda Sabah awal tahun ini.

Datuk Robert Tawik yang baru sahaja selesai mempengerusikan Taskforce penganjuran Hari Sabah ‘Sabah Day’ yang akan diadakan pada 31 Ogos di Tambunan berbangga kerana akhirnya kerajaan Sabah dibawah pimpinan GRS mengiktiraf Sabah Day sebagai sambutan rasmi Kerajaan Sabah. “Ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan di peringkat Negeri dan menunjukan kerajaan GRS bersungguh-sungguh dalam melaksanakan hak-hak Sabah.

Beliau menyeru agar pemimpin-pemimpin politik terutamanya komponen parti dalam GRS menghormati pendirian Ketua Menteri Sabah menjaga hubungan baik antara GRS dan PH demi kestabilan politik di negeri ini kerana menurut beliau, Sabah akan hanya mengecapi kemajuan sekiranya keadaan politik setabil dan semua wakil rakyat dan agensi kerajaan bersatu hati memacu Sabah seiring dengan halatuju Sabah Maju Jaya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN