ADVERTISEMENTspot_img

PTPTN berperanan menyamai amalan menabung

Kanak-kanak Tadika yang menerima sumbangan merakam gmbar bersama Jonathan (berdiri empat kanan) dan Wan Saiful (lima kanan) dan tetamu yang lain.

RANAU: Usaha Perbadanan  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mentranformasikan  minda diawal usia muda kanak-kanak masyarakat Malaysia  agar  membuat penabungan demi masa depan merupakan suatu  yang amat murni.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata, sebagai tabung pendidikan utama negara  PTPTN  telah berdiri megah sebagai ‘Super Hero’ berperanan  untuk menyemai  amalan penabungan kepada ibu bapa di negara ini.

Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program  Didik Simpan ‘Skim Simpanan Pendidikan   Nasional’ (SSPN) 2022 Peringkat Parlimen Negeri Sabah  di Dewan Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Ranau pada Sabtu.

Menurut Datuk Jonathan, kerajaan  Negeri Sabah sentiasa mengambil berat dan proaktif untuk membantu rakyat menaik taraf hidup serta memikirkan bahawa peranan ibu bapa sangat penting memastikan  pada masa akan datang anak-anak dapat mengubah kehidupan keluarga menerusi perancangan  kewangan  dan pendidikan  yang komprehensif.

Beliau menjelaskan, program Didik Simpan  SSPN, melibatkan  sumbangan Zakat kepada 6,400 orang pelajar asnaf di 128 kawasan terpilih di beberapa buah negeri dengan sumbangan dalam bentuk  Akaun  Simpan SSPN Prime melibatlan  peruntukan keseluruhan berjumlah RM640,000.

Jonathan menyampaikan Replika Cek bernilai RM45 ribu kepasa Rosnati, sumbangan kepada 450 pelajar asnaf negeri Sabah.

“Bagi negeri Sabah,  Program Didik Simpan  SSPN  melibatkan 25 kawasan  dengan jumlah  sumbangan sebanyak RM125 ribu dengan 50 orang pelajar  asnaf di setiap kawasan  yang bakal menerima  sumbangan  akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100 seorang melibatkan peruntukan  berumlah RM5 ribu bagi setiap kawasan.

“Program ini diadakan  dengan kerjasama Jabatan  Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sabah dimana pagi ini berjumlah RM45 ribu akan disampaikan  bagi kawasan Kota Kinabalu, Penempang, Putatan, Tuaran, Sepanggar, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau”, jelas Datuk Jonathan.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimem Ranau menegaskan, kerjasama kerajaan Negeri dengan PTPTN telah terjalin erat sebelum ini di mana Pelancaran  Bantuan  Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) telah pun terlaksana.

“Pelancarannya itu satu inisiatif murni Kerajaan Negeri Sabah dalam memupuk budaya menabung  seawal usia melibatkan RM5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan  negeri Sabah  sejak 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 dan sumbangan diberikan dalam bentuk tabungan  Simpan SSPN Prime dengan jumlah RM100 setiap orang”, tambah Datuk Jonathan.

Turut berucap ialah, Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dihadiri para jemputan dan para ibu bapa bersama 30 orang kanak-kanak penerima  Akaun Simpan SSPN Prime 2022

Hadir sama ialah, Penolong Pegawai Pendidikan  Awal Kanak-Kanak KEMAS Ranau, Rosnati Binti Abd.Rahim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN