25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PSKS bakal anjur Program Bantuan Sokongan Psikososial 

Nurfarhah Diana menyerah dokumen penentuan kelayakan individu untuk diwar-warkan menyertai program PSKS kepada Pengerusi JKDB pekan Ranau, Tan Eng Sing.

RANAU: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) akan menganjurkan Program Bantuan Sokongan Psikososial  Terkesan Covid-19 di Dewan Serbaguna Kg.Kilimu Ranau pada 4-5 Mac depan bermula 8.00 pagi.

Timbalan Presiden PSKS, Nurfarhah Diana Abdullah ketika ditemui mengharapkan kerjasama daripada semua Pengerusi JPKK agar mengwar-warkan program ini dan dapat menghantar mereka atau individu yang difikirkan perlu menyertai program tersebut.

Menurut Nurfarhah berkata, semua peserta akan membuat ‘Saringan Minda’ ( DASS 21)untuk eveveluasi dan penilaian Kaunselor sejauh mana kesan  Covid-19 kepada awam khususnya di Ranau  yang dikendalikan para Pegawai petugas PSKS bagi menentukan kelayakan samada dikehendaki menyertai program itu atau sebaliknya.

“Kami akan membuat saringan kelayakan untuk menyertai program itu menerusi pemeriksaan saringan minda yang telah ditetapkan berdasarkan panduan yang disediakan”, jelas Nurfarhah.

Beliau memaklumkan sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau menerusi nombor telefon 013-5413551(HP) atau Penyelaras PSKS, Charry (010-6052228) manakala semua nama yang dicadangkan untuk menyertai program perlu dihantar selewat-lewatnya sehari sebelum program bermula.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN