29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Proses PdP di SMK Lohan berjalan lancar

Habdin bersama dua guru yang lain ketika berada di salah sebuah kelas Tingkatan 6 SMK Lohan

RANAU: Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di SMK Lohan di sini, berjalan lancar dan teratur mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Tinjauan ke sekolah itu kelmarin, mendapati SOP yang telah ditetapkan seperti mengamalkan Penjarakan Sosial 1 Meter antara individu lain melibatkan 206 pelajar Tingkatan 5 (SPM) dan 108 orang Tingkatan 6 yang memulakan persekolahan sejak 24 Jun lepas.


Pengetua SMK Lohan Ranau, Habdin Bin Ariffin ketika ditemui memberitahu pematuhan SOP yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi bukan sahaja melibatkan pelajar malah guru-guru dan warga sekolah seluruhnya.


“Kita adalah bertanggungjawab memperketatkan pematuhan SOP yang ditetapkan KPM bagi menghindar warga sekolah dijangkiti pandemik Covid-19 yang kini menular seluruh dunia”, jelas Habdin.


Beliau menegaskan warga sekolah termasuk para ibu bapa akan sentiasa mempastikan tidak ada jangkitan Coronavirus berlaku di sekolah berkenaan. T A M A T

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN