33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Projek di setiap kampung akan dilaksanakan secara berperingkat, rakyat harap bersabar- Jonathan.

OLEH: SALWAH ARAMAT

RANAU : Rakyat kawasan Parlimen di sini diharap bersabar menanti pelaksanaan projek di peringkat kampung masing-masing, yang akan dilaksanakan kerajaan mengikut keperluan yang mendesak.

Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin berkata, pihak kerajaan serius untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi rakyat akar umbi khususnya kawasan luar bandar yang masih dahagakan pembangunan terutama jalan raya yang sempurna, bekalan air bersih dan bekalan letrik.

Boulevardhypermarket Kepayan Kota Kinabalu

“Justeru rakyat kena bersabar menanti pelaksanaan apa juga projek yang diperlukan”, katanya ketika dihubungi kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya sedang meneliti projek-projek keperluan mendesak untuk dilaksanakan mengikut kewangan yang ada untuk manfaat rakyat.

Boulevardhypermarket_kk

“Kita akan teliti keperluan mendesak untuk dilaksanakan berdasarkan peruntukan kewangan daripada kerajaan.

“Beberapa projek akan dilaksanakan secara berperingkat tidak lama lagi,  termasuklah pembinaan jalan raya Tarawas ke Karagasan yang sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” jelas Jonathan.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN