26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program TV  Kembara Keluarga Malaysia di Ranau berjalan lancar

KENANGAN…Kakitangan Taman-Taman Sabah bersama Krew Penggambaran dan staf Khidmat Rakyat Parlimen Ranau merakam gambar bersama Datuk Jonathan (tengah) berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

RANAU: Program TV  Kembara Keluarga Malaysia di kawasan P.179 Ranau oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berjalan lancar dan teratur.

Program itu merupakan susulan  dari taklimat yang telah diadak kepada semua wakil pejabat Menteri dan Timbalan  Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KMM) untuk memberitahu, Program Dekumentari  Penggambaran (Trevlog) bertajuk  Kembara Keluarga Malaysia untuk siaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Di Parlimen Ranau beberapa tempat menarik khususnya lokasi pelancongan di Ranau dan Kundasang telah dipilih untuk penggambaran tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin bersama staf dan kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Antara lokasi menarik  penggambaran dua hari itu (24-25 Ogos) ialah, ‘Taman Warisan Dunia’ Gunung Kinabalu, Dairy Farm Mosilou Kundasang, Golf Course  Kundasang, Hobbit Homestay Kundasang,  Taman Air Panas Poring,  Tagal Nalapak, Sabah Teh dan Pusat Tagal Luanti.

Setiausaha Politik Menteri  Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Budiman Mohd.Zohdi ketika ditemui memaklumkan,  dekumentari itu adalah bagi memperkasakan  pelbagai destinasi menarik seperti kawasan pelancongan, lokasi bersejarah dan makanan tempatan.

“Ia juga sebagai usaha  menampilkan persembahan seni budaya warisan, kraftangan pelbagai kaum serta keunikan  elemen keluarga Malaysia dan  kisah inspirasi  penduduk tempatan.

“Program itu juga  memaparkan  elemen pembangunan fizikal, infastruktur ekonomi, sosial penduduk, agama dan keharmonian penduduk”, jelas Dr.Budiman.

Menurutnya lagi, ia juga dapat memaparkan  aktiviti bersama pemimpin masyarakat akar umbi  atau NGO melalui program CSR seperti gotong-royong bantuan dan sebagainya.

Datuk Jonathan ketika ditemui, mewakili penduduk P.179 Ranau berterima kasih kepada kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana memilih daerah Ranau dan Kundasang sebagai lokasi penggambaran dokumantari program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN