25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program turun padang ADUN Nabawan turut ziarahi mereka yang sakit terlantar

GAMBAR – Ghani menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Maria Salat.

Oleh:Marutin Ansiung

NABAWAN:Program turun padang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin bukan sahaja memfokuskan kepada program-program rasmi kerajaan atau jemputan menghadiri program di peringkat kampung tetapi beliau mempunyai program yang tersendiri untuk menyantuni dan menziarahi mereka yang sakit terlantar di rumah.

Minggu lepas Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)menziarahi tiga individu terdiri Maria Salat dan Jainol Ugou yang kini masing-masing terlantar di rumah serta seorang lagi Gawasin Gumbalon yang belum boleh bergerak kerana terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Ghani (tengah)semasa menerima kunjungan rombongan PIBG SMK Nabawan II.

Dalam ziarah yang turut disertai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM )Nabawan Deckson Andipai itu, Ghani menyampaikan sumbangan kewangan selain bahan makanan.

Beliau juga memberi kata-kata dorongan dan semangat kepada pesakit yang diziarahi.

Pada hari yang sama Ghani menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Nabawan II yang di ketuai oleh Yang Dipertuanya Epol Talu di Pejabat ADUN N.46 Nabawan.

Dalam kunjungan hormat itu, PIBG sekolah itu menyampaikan beberapa perkara berkaitan dengan permasalahan sekolah, selain bertukar-tukar pendapat untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan perancangan pembangunan sekolah itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN