27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Sunduan makan malam Anggota Kumpulan Pelaksana Daerah Tambunan, meriah.

KENINGAU: Program Sunduan makan malam Anggota Kumpulan Pelaksana Daerah Tambunan bertemakan retro 60,70 & 80 telah dihadiri 175 orang staff dan berlangsung dengan jayanya di Hotel Juta Keningau.

Turut hadir dan sekaligus merasmi majlis sunduan iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Encik Haison bin Jahudin berserta rombongan Pegawai pendidikan yang lain.

Penampilan busana, gaya, solekan, dandan rambut, pelbagai aksesori telah menghidupkan suasana gaya klasik seolah olah mengimbau kembali zaman kegemilangan agogo seniman P. Ramlee, Seloma, S. Jebing dan artis 60 yang telah melakar sejarah legenda tanah air.


Sektor penjawat awam merupakan tulang belakang melaksanakan dasar dasar kerajaan. Tujuan sunduan makan malam tersebut bagi memupuk trend efisien baharu menyuburkan pembudayaan kerja berpasukan, ceria, bebas tekanan, meningkatkan transformasi efektif minda meningkatkan imej sihat dan mengangkat wibawa kakitangan kerajaan.

Acara makan malam diisi berselang seli dengan kemeriahan cabutan nama bertuah bagi penerima pelbagai hadiah,persembahan nyanyian dan pertandingan tarian kebudayaan berpasukan.

Kemuncak majlis adalah acara bertukar tukar hadiah dikalangan AKP. Lambaian balik ke distinasi masing masing seakan satu petanda keberhasilan di wajah dan semangat padu sebagai penjawat awam yang sentiasa melaksana tindakan berintegriti jitu, melaksanakan dasar kerajaan. .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN