26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program “Siuknya Edidih Badudun Tah” tampilkan budaya dan bahasa tempatan untuk dihayati generasi muda-Bashir

SIMBOLIK…. Bashir  menunjukkan sambal belacan yang sudah ditumbuk sambil diperhatikan Rithuan  dan Aminah.

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias berkata,  Program “Siuknya Edidih Badudun Tah’ yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran menerusi radio LABUAfm  merupakan satu inisaitif murni  untuk menampilkan budaya dan bahasa Kedayan dan Brunei kepada  generasi masa kini.

Beliau berkata, program tersebut juga  sebagai penghargaan kepada pendengar dengan membawa program loghat tempatan Edidih yang telah bersiaran  di LABUANfm setiap hari sejak 20 tahun  lalu  yang diperluaskan  ke lokasi melalui Program Radio Di Lokasi (RDL) dengan mempelbagaikan aktiviti  berkonsepkan mini karnival.

“Program Siuknya  Edidih Bedudun Tah”  berkonsepkan mini karnival ini juga adalah selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia yang meraikan kepelbagaian budaya dan keunikan sebuah Keluarga Malaysi.

“Disamping  itu ia memberi ruang kepada masyarakat Labuan khususnya pendengar untuk lebih dekat dengan penyampai dan warga kerja LABUANfm” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program “Siuknya Edidih Badudun Tah” dan Shocase Plektrum 22  di Plaza Berpayung  Komples Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Ahad.

Bashir yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan turut  menyeru golongan muda di pulau ini  terus menyokong dengan menjadikan  siaran LABUANfm sebagai halwa pendengaran utama bagi mendapatkan pelbagai hiburan maklumat terkini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Aminah Samsudin Mohd.

Antara aktiviti yang berjaya mengisi keterujaan pengunjung ialah Pertandingan Gubahan Jambangan Bunga, Pertandingan Membuat Sambal Belacan,  Pameran Etnik Kedayan dan Brunei serta persembahan artis jemputan iaitu Maldini Sidney dan Kumpulan Kumala, Anis, Lamat dan Sidi Gambus.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN