TAHNIAH… Ester menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil komuniti Tianghua Pusat Bandar, Datuk Robert Seah sambil diperhatikan Tan Soon Kiat.
LABUAN: Program Sambutan Tiga Perayaan (Raya, Kaamatan dan Gawai) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pusat Bandar menjadi contoh terbaik dalam menonjolkan perpaduan kaum dan etnik di pulau bebas cukai ini.
Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Labuan, Ester Dingkawan berkata, sambutan itu membuktikan perpaduan wujud di setiap KRT bukan sahaja di Labuan tetapi juga di seluruh Malaysia.
“Dimana perpaduan ini sentiasa kita pelihara dan dimantapkan melalui program-program yang dianjurkan oleh setiap KRT dan ini juga adalah salah satu cara kita untuk berkomunikasi dengan komuniti yang ada di KRT masing-masing” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Sambutan Tiga Perayaan (Raya, Kaamatan dan Gawai) yang diadakan di salah sebuah restoran di sini, pada Ahad.
Hadir sama pada program itu Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan, Datuk Dhalip Singh, Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Robert Seah dan Pengerusi KRT Pusat Bandar Tan Soon Kiat.

2TETAMU…. Bashir (tengah), Rozman (enam dari kiri), Rithuan (lima dari kanan), Tan Soon Kiat (empat dari kiri) yang hadir meriahkan sambutan Tiga Perayaan anjuran KRT Pusat Bandar.
Turut hadir wakil-wakil Persatuan Dayak Labuan (PDL), Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Labuan, kumpulan etnik Landayuh Labuan dan ahli ahli gabungan pelbagai kaum KRT Pusat Bandar.
Menurut Ester lagi, Labuan sebenarnya merupakan sebuah wilayah yang amat unik dimana semua kaum bukan sahaja dapat duduk bersama bertukar-tukar pendapat tetapi juga sentiasa bekerjasama dalam apa juga program samaada yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta atau pertubuhan.
Beliau juga turut menjelaskan bahawa Labuan adalah antara enam negeri di nagara ini yang mencapai perpaduan yang cukup baik, malah Labuan juga merupakan negeri yang berjaya mengekalkan sifar konflik perkauman.
“JPNIN Labuan sentiasa mengharapkan perpaduan yang wujud di Labuan ini sentiasa mantap dan sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan dari masa kesemasa” katanya.
Sementara itu, persembahan 9 jenis tarian yang mengabungkan tarian tradisi ektnik dari suku kaum Lundayuh, Kadzazan Dusun dan persembahan tarian oleh kumpulan Labuan Line Dance Group (LLDG) dan tarian sambutan Gawai dan Kaamatan telah berjaya menghiburkan tetamu yang hadir pada malam tersebut.