24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program ‘Samangat Bapaadian Sabanian Seborneo’  rapatkan silaturahim warga Kadayan  Borneo

SIMBOLIK…Haji Hashim (enam dari kiri) bersama rombongan dari Sabah, Sarawak dan Brunei bersama sama menanam pokok tanda simbolik kejayaan semangat berkeluarga masyaraka Kadayan Borneo.

LABUAN: Program ‘Samangat Baapadian Sabanian Seborneo  Mantuni Nanam’ anjuran bersama Persatuan Kadayan Labuan (WAKAL) dan Persatuan Kebudyaan, Muzik dan Kesenian Kadayan Labuan (KUMALA) berhasil merapatkan hubungan silaturahim  warga Kadayan dari kepulauan Borneo.

Program yang dihadiri lebih 50 warga Kadayan dari Sabah, Sarawak dan Labuan itu telah diadakan di Sunrise Beach Tanjung Aru Nelayan, pada Sabtu.

Menurut Ketua Biro  Kebudayaan  Adat  dan Warisan WAKAL, Haji Nordin Haji Kadir, Program ‘Samangat Baapadian Sabanian Seborneo Mantuni Alam (Nanam Puhun) bertujuan untuk  menghubungkan semangat  kekeluargaan  ‘Warisan Badudun’  warga kadayan yang diamalkan sejak  sekian lama  agar tidak hilang  ditelan zaman dan seterusnya program ini dapat dihayati oleh pelbagai masyarakat khususnya generasi muda waris Kadayan.

GABUNGAN… wanita masyarakat Kadayan dari Sabah, Sarawak dan Brunei yang menyertai program tersebut

 “Program seumpama ini juga secara tidak langsung telah memberikan suntikan semangat kepada peniaga kecil masyarakat kadayan di kampung ini yang telah mempopularkan makanan tradisi masyarakat kadayan serta  kepelbagaian dan keunikan masyarakat kadayan yang ada di kepulauan Borneo” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program tersebut.

Sebagai tanda simbolik dalam merealisasikan program Samangat Baapadian Sabanian Seborneo telah diadakan majlis  menanam pokok  yang di laksanakan oleh ketua ketua adat dari Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Hadir sama pada program santai itu, Ketua Adat WAKAL, Haji Hashim Abdullah,  Pengerusi GSK Lawas, Jun Sadiman, Pengerusi Persatuan Kadayan Miri, Mohd Abdullah Jamain, Pengerusi Persatuan Kadayan Zon Beaufort Sabah, Llydiawati Osli, Penyelia KFM Sabah, Padian Oding dan Ketua SKB Brunei Darussalam, Hajah Patamah Hipni.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN