Antara ratusan orang ramai yang mengunjungi RFM di pekan Ranau.
RANAU; Program ‘Ranau Free Market’ (RFM) yang diadakan di perkarangan Pentas Budaya pekan di sini, mendapat sambutan diluar jangkaan.
Pengerusi Penyelaras program itu, Roslizah Binti Naimin ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang pelbagai barangan pakaian untuk menjayakan program tersebut yang semuanya percuma kepada orang ramai.
Program dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) daerah Ranau itu, merupakan kali ke-13 memberi peluang kepada individu yang mempunyai barangan yang tersimpan lama dirumah dan tidak lagi diperlukan untuk dipakai.
“Barangan itu hendaklah masih elok dan dikumpul dihanar ke program RFM untuk diberi secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
“Mereka yang mengambil barangan hanya perlu membayar dengan senyuman serta ucapan’Terima Kasih’ kepada penyumbang”, jelas Roslizah sambil memaklumkan program itu akan diadakan setiap bulan bergantung kepada bekalan daripada para penyumbang (penderma) barangan.
“Kita amat mengalu-alukan para penyumbang untuk kita berikan kepada yang memerlukan”, tambah Roslizah.
Hadir sama dan memberi kata-kata motivasi kepada orang ramai pada program RFM itu ialah, Pengacara RTM, Alvin Mahathir Bin Yunus sementara hadir sama ialah, Pengerusi JKDB pekan Ranau, Tan Eng Sing yang turut memuji kejayaan program RFM dan kerjasama daripada orang ramai terhadap penjagaan kebersihan perkarangan Pentas Budaya.
“Terima kasih kepada tuan-puan kerana memberikan kerjasama menjaga kebersihan tapak program RFM pagi ini”, jelas Tan yang juga menegaskan larangan merokok di kawasan tapak berkenaan.