30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Pengagihan Sumbangan Air Minuman CSR RESTU KASIH beri kelegaan kepada lebih 1,000 penduduk kampung

Jeff (kelima kanan) membuat simbolik penyerahan 600 karton air minuman yang diterima oleh penduduk kampung yang diwakili oleh Meretha (ketujuh kiri)

RANAU: Musim kemarau yang melanda seluruh negeri sejak sebulan lalu memberi kesan negatif kepada ramai penduduk di sini, di mana mereka yang bergantung kepada sumber air graviti menghadapi masalah selepas sumber air mengering.
Mujur dalam saat getir seperti ini, ada pihak yang prihatin tampil memberikan bantuan kepada penduduk di Kg Kibbas Ranau dengan menghulurkan bantuan berupa air minuman botol yang ditapis.
Syarikat RESTU MART SDN BHD telah menyerahkan sebanyak 600 karton air kepada 300 buah keluarga di sini untuk kegunaan mereka, dalam satu majlis penyerahan bantuan air minuman bertempat di Mini Dewan Kg Kibbas pada hari Rabu.
CEO Restu Mart Jeff Yeap memberitahu bahawa tujuan utama program itu diadakan ialah bagi menyalurkan bantuan air minum kepada penduduk Kg Kibbas yang sudah lebih sebulan tidak mempunyai bekalan air bersih yang diperlukan.
“Syarikat kita mendapat makluman bahawa penduduk di sini sangat memerlukan pertolongan dari segi bekalan air bersih.
“Justeru, selari dengan hasrat Restu Mart dalam memberi semula kepada masyarakat, kita membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat ini.
“Apa yang kita harapkan agar para penduduk di sini sedikit sebanyak akan mendapat manfaat dari bantuan yang disumbangkan ini, dan semoga hubungan baik di antara Restu Mart dan penduduk kampung akan terus terjalin dengan erat,” katanya.
Sementara itu, jurucakap penduduk, Meretha Jaudin berterimakasih kepada Restu Mart atas keprihatinan syarikat tersebut membantu penduduk yang memerlukan di sini.
“Memang benar, air minuman adalah sangat diperlukan oleh penduduk pada ketika ini, lebih-lebih lagi bekalan air bersih di kampung ini belum pulih ekoran kemarau yang berlarutan.
“Kini sudah lebih sebulan kami tidak mempunyai bekalan air bersih selepas sumber graviti kampung mongering. Jabatan Air Ranau ada juga menghantar lori tangka berisi air bersih ke kawasan ini, tetapi ia juga tidak dapat menampung keperluan penduduk.
“Ada di kalangan penduduk yang terpaksa turun ke aliran sungai kecil untuk mandi dan membasuh, tapi kita juga khuatiri akan tahap kualiti air di aliran tersebut. Kita berharap keadaan akan pulih secepat mungkin,” kata beliau.
Meretha menambah bahawa program CSR Restu Kasih ini dilaksanakan untuk membantu penduduk kampung yang terkesan dengan gangguan bekalan air akibat bencana kemarau ini.
Katanya opngagihan sumbangan air minuman sebanyak 600 karton itu membolehkan setiap ketua keluarga mendapat dua karton air minuman untuk kegunaan keluarga mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN