ADVERTISEMENTspot_img

PL perlu bangkit melaksanakan ‘reset ekonomi dan institusi secara komprehensif- Husni

Mohd Husni ( tiga dai kanan) bersama Rithuan (empat dari kanan) dan dif dif jemputan ketika merasmikan secara simbolik Jubli Perak PL.

Labuan:Perbadanan Labuan (PL) perlu bangkit untuk merealisasikan mandat yang diberikan oleh Putrajaya dengan melaksanakan ‘Reset’ ekonomi dan institusi secara komprehensif serta melakukan ‘Structural Change’ yang benar benar membuahkan hasil selaras dengan aspirasi gagasan Malaysia Madani.

Perkara itu diungkapkan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohammad Salleh ketika merasmikan Majlis Apresiasi dan Peluncuran Jubli Perak Perbadanan Labuan 2026 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan pada Sabtu.

Mohd Husni berkata, pelantikan beliau sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan bukan untuk menjadi ‘rubber Stamp’ atau hanya memuji statistik aduan awam atau mengekalkan ‘status quo pentabiran, tetapi mempunyai tanggung jawab yang berat untuk melaksanakan’reset’ ekonomi dan menuntut ‘Structural Change’ yang boleh membuahkan hasil.

Katanya tanggal 1 Julai genaplah Perbadanan Labuan berusia 25 tahun dan tanggung jawab agensi ini adalah untuk memacu pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam tempoh dua dekat itu PL telah mengharungi pelbagai rintangan termasuk cabaran fitnah dan tribulasi namun semua ini berjaya diatasi.

“PL sentiasa memastikan peranannya sampai ke golongan sasar. Kita cemerlang dalam memacu penganjuran acara bertaraf antarabangsa seperti Borneo Flora Festival (BFF) dan LISC, malah kita juga berjaya menguruskan 1888 aduan awan secara pantas sepanjang tahun 2025.

” Namun disebalik kejayaan itu dari segi mengurus ekonomi Makro kita masih gagal”, katanya.

Mohd Husni berkata, kadar pengangguran Labuan telah melonjak ke angka 6.3 peratus- dua kali ganda lebih tinggi daripada purata kebangsaan.

Labuan juga sering di laungkan sebagai Pusat Kewangan bertaraf dunia, namun adakah rakyat Labuan sudah selesa dengan keadaan itu.

“Kita gah sebagai jerung antarabangsa di atas kertas, tetapi kita lumpuh didaratan sendiri. Kita masih lagi menagih ihsan ketersambungan feri roro dan tiga penerbangan sehari… Dimanakah vibes dan aura sebuah pusat kewangan antarangsa?”, ujarnya.

Selain itu beliau turut menjelaskan pihak Labuan Industry Task Force (LIFT) yang ditubuhkan telah menterjemahkan beberapa kepincangan berlaku dalam pengurusan Perbadanan Labuan yang perlu dipulihkan segera.

Antara kepincangan yang diterjemahkan oleh LIFT itu twrmasuklah Kelewatan Kelulusan Planning Per mission, Birokrasi Perlesenan dan Perniagaan, Penguatkuasaan yang lemah, Wujudnya bayang bayang kartel dalam proses perolehan, Pengurusan aset yang lemah dan kegagalan entiti Invest Labuan.

Justeru, beliau mengajak semua warga Perbadanan Labuan untuk memperkemaskan tanggung jawab masing masing bagi membina semula Wilayah Persekutuan Labuan yang lebih dinamik.

“Saya merayu kepada semua warga PL untuk terus bersatu dan berusaha dengan penuh kualiti dan integriti dalam menjalankan amanah.

” Pastikan setiap inisiatif baharu yang dilancarkan benar benar memberi faedah mutlak kepada organasasi dan bermula esok kita bukan lagi pentadbir awam tetapi kita semua adalah arkitek ekonomi Labuan”, katanya.

Pada majlia itu beliau turut menayampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 42 kakitangan yang cemerlang sepanjang 2025 serta menyampaikan sijil penghargaan kepada 19 pegawai dan kakitangan PL yang bersara wajib.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekuti Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail serta Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN