Prof Dr Shamsul Bahari (lima kanan), Nur Shafiekah (enam kanan) dan Azlin (dua kiri) menghadiri Program Pengagihan Pakaian “Preloved” sempena Kongsi Rezeki Raya 2026 yang diadakan di Dewan Utama, UMSKAL pada Sabtu.
LABUAN: Program Pengagihan Pakaian ” Preloved” yang dianjurkan oleh Pusat Panataran Ilmu Bahasa (PPIB) dengan kerjasama Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mendapat sambutan yang menggalakan untuk membantu masyakat mendapatkan pakaian raya secara percuma.
Program yang dianjurkan sempena Kongsi Rezeki Raya 2026 turut disokong oleh Kelab Belia Laysngan (KEBAL) telah diadakan di Dewan UMSKAL pada Sabtu lalu,
Pengerusi penganjur yang juga Pensyarah PPIB, Nur Shafiekah Sapan berkata program ini bertujuan membantu masyarakat sekitar Labuan mendapatkan pakaian secara percuma dalam keadaan yang tersusun dan teratur disamping menggalakkan amalan kitar semula pakaian serta mengurangkan pembaziran tekstil.
Inisiatif ini juga katanya, menjadi platform untuk memupuk semangat prihatin dan amalan berkongsi rezeki dalam kalangan warga universiti dan komuniti sekitar Labuan, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pelbagai jenis pakaian telah disediakan kepada pengunjung antaranya baju Melayu, baju kurung, blaus, jubah, pakaian kanak-kanak, seluar, skirt dan pelbagai lagi pakaian yang masih dalam keadaan baik.
Pakaian sumbangan orang ramai sedia untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan
Pakaian-pakaian ini merupakan hasil sumbangan warga universiti serta masyarakat sekitar Labuan yang telah menyumbangkan pakaian bagi menjayakan program ini,”katanya ditemui di Dewan Utama UMSKAL.
Hadir sama untuk memberikan sokongan moral program berbentuk amal kebajikan itu
Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof Dr Shamsul Bahari Shamsudin
Turut hadir, Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL, Ts. Hadzariah Ismail dan Timbalan Pengerusi Tetap KEBAL, Azlin Lamit.
Dalam pada itu pihhak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Labuan serta semua penyumbang yang telah bermurah hati mendermakan pakaian bagi menjayakan program ini.
Sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan, malah mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti.



