Sabli (dua dari kanan) ketika mengetuai penyerahan bantuan beras kepada keluarga pengantun di Kampung Sungai Buton.
LABUAN: Program PEDULI RAKYAT yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Labuan terus memberi sentuhan bermakna kepada masyarakat apabila sebanyak 1,500 kilogram beras berjaya diagihkan kepada Keluarga pengantin yang bakal meraikan majlis perkahwinan sepanjang minggu ini di Labuan
Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mihd Rafi Ali Hassan berkata, seramai 15 keluarga bakal
pengantin telah menerima manfaat apabila masing-masing menerima 100 kilogram Beras menerusi program PEDULI RAKYAT UMNO Labuan.
“Semoga sumbangan ini sedikit dapat meringankan perbelanjaan dan seterusnya mempermudahkan urusan perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung sepanjang minggu ini”, katanya yang diunggah dalam akaun Facebooknya.
Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (MKT) berkata, program PEDULI RAKYAT UMNO Bahagian Labuan lahir daripada keikhlasan untuk membantu serta pegangan politik beliau yang menegaskan politik bukan sekadar medan kuasa, tetapi merupakan amanah dan ibadah.
Jelasnya, UMNO Labuan komited untuk terus turun padang menyantuni rakyat bukan bermusim dan bukan hanya ketika pilihan raya, sebaliknya secara berterusan demi kesejahteraan masyarakat.
“Saya amat bersyukur kerana sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, Program PEDULI RAKYAT telah memberi manfaat kepada ratusan keluarga di Labuan sebagai tanda keprihatinan UMNO Labuan yang telah berkhidmat lebih 30 tahun bersama rakyat.
Beliau turut merakamkan Labuan ucapan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Sekretariat Kebajikan UMNO Labuan, saudara Sabli Jinin yang telah mengetuai pelaksanaan program ini sejak ia diperkenalkan, serta seluruh kepimpinan dan jentera UMNO Labuan yang terlibat secara langsung menjayakan program ini.
” Insya-Allah, UMNO Labuan akan terus istiqamah meletakkan kebajikan rakyat di hadapan, kerana inilah wajah sebenar perjuangan kami, berkhidmat, bukan sekadar berjanji”, katanya.



