ADVERTISEMENTspot_img

Hotel Perkasa Tenom bakal dinaik taraf menjelang Tahun Melawat Tenom 2027

Kenangan….Jamawi (tengah), Flovia (empat dari kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Hotel Perkasa Holding.

KOTA KINABALU: Hotel Perkasa Tenom dijangka memulakan kerja-kerja naik taraf pada pertengahan tahun depan sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong sempena Program Tahun Melawat Tenom 2027.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata perkara itu antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan Pengerusi Perkasa Hotel Holding (PHH) Datuk Flovia Ng bersama pengurusan tertinggi Perkasa Hotel di Wisma Pertanian di sini, Khamis.

Beliau berkata pakej pelancongan bagi program berkenaan dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

Jamawi turut berkongsi pengalamannya menguruskan Hotel Ming Garden di Kota Kinabalu dan Borneo Royal Hotel di Tawau ketika menerajui Sabah Urban Development Corporation (SUDC).

Dalam pertemuan itu, beliau turut memaklumkan keputusan mengarahkan jabatan dan agensi di bawah kementeriannya supaya mengutamakan Hotel Perkasa bagi penganjuran program, kursus dan mesyuarat masing-masing.

Langkah itu diharap dapat membantu meningkatkan penggunaan kemudahan hotel berkenaan, selain menyokong perkembangan industri perhotelan di Sabah.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah Perkasa Hotel Holding (PHH), Yahia @ Yahya Raimah dan Gafar Madin, serta Pengurus Besar PHH Valeria Vyner Pillin, Pengurus Jualan dan Pemasaran Sharon Austin Spiji, Eksekutif Jualan dan Pemasaran Efarina Ag Raini serta Dennis Arnold.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN