25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Pasar Patuh tingkatkan kesedaran peniaga kepentingan mematuhi undang undang.

Simsudin (empat dari kiri) bersama Junaidah (empat dari kanan) dan Amiluddin (tiga dari kiri) selepas melancarkan bProgram Pasar Patuh peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, pada Isnin.

LABUAN:Program Pasar Patuh (3P) merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk memastikan peniaga pasar
awam mematuhi undang-undang, mengamalkan persaingan sihat sekaligus memastikan ekosistem perniagaan kekal kondusif berintegriti dan telus.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata Program Pasar Patuh yang dilaksanakan di Pasar Sentral ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peniaga tentang kepatuhan undang undang disamping memberi tumpuan kepada pendekatan mengamalkan persaingan yang sihat sekaligus membantu melindungi pengguna.

Program ini juga jelasnya, akan diperluaskan secara berperingkat ke premis perniagaan lain.

“Antara penekanan yang diutamakan dalam melaksanakan Program Pasar Patuh ini ialah dari aspek penandaan harga yang jelas, penggunaan
alat timbang yang tepat serta penyediaan persekitaran pasar yang bersih, teratur dan mesra pengguna”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Pasar Patuh peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Pasar Sentral di sini, pagi Isnin.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Hadir sama, Ketua Penguatkuasa KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Amiluddin Malang.

Junaidah berkata, Program Pasar Patuh adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Program PATUH, pelaksanaannya
memberi tumpuan kepada pendekatan kawalan kendiri dalam kalangan peniaga
agar pematuhan undang-undang dapat dicapai secara berterusan.

Dua komponen
perintis bagi tahun pertama ialah Zon Persinggahan PATUH (ZPP) dan Pasar
PATUH, yang masing-masing menekankan kepatuhan terhadap aspek maklumat
harga, timbangan dan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna.

“Pelaksanaan rintis Pasar PATUH dimulakan di satu pasar awam bagi setiap negeri
sebelum diperluaskan secara menyeluruh, katanya.

Jelas beliau lagi, program ini turut menyokong usaha
Kerajaan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem perdagangan domestik
yang lebih beretika, adil dan berdaya saing.

Junaidah berkata, PATUH dilaksanakan melalui kerjasama strategik rentas agensi dan di
peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, rakan strategik yang terlibat ialah Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), LKIM, FAMA, SSM, De Metrology Sdn Bhd serta persatuan-persatuan penjaja.

“Kerjasama ini
mempertingkatkan keberkesanan vadvokasi, pemantauan dan penguatkuasaan di
lapangan.

“Selain itu, Program PATUH juga berperanan sebagai platform pendidikan
pengguna dalam meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan
perniagaan yang telus dan berintegriti, ” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN