31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program PANTAS mampu menyelesaikan masalah permohonan tanah bertindih, peroleh Geran Tanah dengan cepat

OLEH: SALWAH ARAMAT
Admin: Johnny Gampawi

RANAU : Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah, menerusi Program Khas Perkhidmatan Negeri Sabah (PANTAS), mampu memproses pengeluaran Geran Tanah dengan lebih cepat, selain dapat menyelesaikan masalah permohonan bertindih di sesuatu kawasan  tanpa melalui prosedur permohonan tanah biasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata, melalui program Pantas, Geran-Geran Tanah akan dapat dikeluarkan dengan segera dengan pendaftaran berdasarkan SOP Pantas dalam tempuh 8 bulan, namun bergantung kepada keluasan jumlah lot yang akan diukur dalam sesuatu kawasan.

Menurutnya, Jumlah keluasan (lot)  yang akan diukur dalam kawasan yang telah dipohon akan didaftarkan dengan permohonan tanah baharu dan mana-mana permohonan lama yang didapati bertindih dengan kawasan yang diukur itu berdasarkan komen Juru kur Daerah akan terbatal.

Beliau menyatakan demikian, ketika berucap merasmikan Pelancaran Program Khas Golongan Bumiputera Minoriti Sabah (PANTAS) bagi DUN Paginatan, anjuran Jabatan Tanah dan Ukur daerah Ranau di Dewan SIB Kg. Segindai Baru  di sini baru-baru ini, akan melibatkan  kawasan tanah yang dipohon penduduk tiga buah kampung iaitu, Kg. Segindai Baru, Kg. Segindai Lama dan Kg. Sungangon.

Abidin menjelaskan, berdasarkan rekod  Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), sejak 2012 sudah 20,948 lot tanah telah diukur melalui program Pantas dengan keluasan 36,048.344 hektar melibatkan 141 kampung di 21 daerah seluruh Sabah, sebanyak 6335 geran telah dikeluarkan dan JTU masih giat mencetak baki geran yang belum dikeluarkan geran draf.

Kerajaan negeri katanya,  mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat sebanyak RM20 juta disalurkan kerajaan persekutuan untuk program pengukuran tanah anak negeri di Sabah telah membantu melaksanakan pengukuran tanah yang sudah dipohon dan diduduki.

Beliau mengharapkan kepada penduduk di tiga kawasan kampung terlibat supaya memberikan kerjasama penuh kepada JITU dengan menunjukkan sempadan tanah masing-masing bagi memudahkan proses pengukuran.

“Saya berharap tidak ada yang menimbulkan kekecohan atau perselisihan faham sesama sendiri kerana tujuan Pantas adalah untuk membantu mengukur tanah yang sudah lama diduduki. Sentiasalah berbincang dengan cara terbaik bagi membolehkan pengukuran berjalan dengan lancar dan teratur”, jelas Abidin.

Sebagai Wakil Rakyat di sini katanya, akan sentiasa berhubung dengan pihak JTU khasnya Penyelia Tanah Daerah Ranau mengenai proses Pantas di  tiga buah kampung terlibat dan akan sentiasa memberikan komitmen yang perlu kepada semua pihak termasuk Pengarah JTU negeri.

“Saya bagi pihak penduduk DUN Paginatan merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana melancarkan program Pantas di DUN Paginatan.

“Tahniah  juga kepada Pejabat Tanah Daerah  Ranau kerana berjaya mengurangkan tunggakan permohonan tanah daerah daripada 50,565 permohonan tanah pada tahun 201lima kepada 1,4lima enam sehingga September tahun 2019 dimana tahun ini sahaja sebanyak 4484 permohonan tanah sudah diselesaikan oleh Pejabat Tanah Daerah Ranau,” katanya

Abidin turut mengharapkan Program Pantas tidak berhenti hanya di  3 buah kampung  malah, akan dilaksanakan ke kampung-kampung  lain dalam DUN Paginatan.

Abidin (tengah) bersama kenamaan dan penduduk yang hadir.
Abidin mencuba Alat Ukur Tanah yang digunakan PANTAS.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN