Kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara kemahiran outdoor
KIULU: Program Cuti Sekolah (2D1N) dua hari satu malam (Aktiviti Survival dan Luar) yang diadakan di sini memberi pendedahan kepada peserta kemahiran luar baharu sambil mengajar mereka menghabiskan masa berjauhan daripada telefon bimbit dan gajet.
Program Cuti Sekolah (Survival and Outdoor Activities) 2D1N yang disertai kira-kira 10 murid sekolah telah diadakan di Outreach Borneo Camp, Kiulu dari 12 hingga 13 Mac 2023.
Pengurus dan Jurulatih ORB, June Baidin berkata, program itu dianjurkan Outreach Borneo dan dibuka kepada kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun.
Beliau berkata tujuan program itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan, pengalaman dan kemahiran asas kepada kanak-kanak dalam mencuba hidup di dalam hutan dan aktiviti luar.
“Objektifnya adalah untuk membimbing peserta supaya lebih fokus membina semangat berpasukan, kepimpinan, penyesuaian diri dan juga kebebasan anak-anak.
“Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran baharu serta aktiviti luar dan permainan,” katanya.
Menurut June, antara pengisian program itu termasuklah Memanjat Pokok Rekreasi, Pengenalan kemahiran hidup seperti menyalakan api menggunakan Flintstone.
“Mereka juga diajar memasak menggunakan buluh, membina tempat perlindungan sekiranya berlaku kecemasan dan pengetahuan tentang Survival.
“Antara segmen yang dinanti-nantikan ialah ‘Bonfire Session’ di mana ia diadakan pada waktu malam dan diisi dengan sesi bercerita, sambil membina keyakinan dengan permainan yang telah dirancang.
“Di sini, kanak-kanak turut merasai pengalaman tidur di tempat terbuka (Katil Dua Tingkat) memberi pengalaman kepada peserta bagaimana rasanya tidur dalam persekitaran berbeza dan tanpa kehadiran ibu bapa,” katanya.
Tambah June, dalam segmen ‘Bonding time’, para peserta dijangka mempelajari cara melupakan gajet mereka sepanjang aktiviti tersebut.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil diadakan pada keesokan harinya dengan kehadiran semua ibu bapa kanak-kanak tersebut, sebelum bergambar kumpulan terakhir.