29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Program membeli sambil berinfaq Masjid Nurhidayah

SERAHAN …Ustaz Mohd.Safwan menyerahkan wang kutipan Program membeli sambil berinfaq itu kepada Bendahari Masjid, Mohd.Fauzi sambil diperhatikan Hj.Mardan dan Ustaz Rashid.

KUALA PENYU: Program membeli sambil berinfaq anjuran Ahli JawatanKuasa Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu dekat sini telah membuahkan hasil dimana sebanyak RM900.00 berjaya dikumpul hasil dari kutipan penjualan pakaian sempena Program tersebut.

Majlis penyerahan wang kutipan itu telah diserahkan oleh Penyelaras Program membeli sambil berinfaq Ustaz Mohd.Safwan Abd.Wahab yang juga imam Rawatib di masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu.

Penyelaras Program tersebut, Ustaz Mohd Safwan berkenan menyerahkan wang kutipan kepada Bendahari Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu, Encik Mohd.Fauzi Hj.Jais sambil disaksikan oleh Pengerusi Masjid Nurhidayah Kg Palu-Palu, Hj.Mardan Dahlan dan Setiausaha Masjid, Ustaz Rashid Matzin.

Sementara itu,Haji Mardan selaku Pengerusi Masjid ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada para jemaah yang telah membeli baju Sahabat MNHKPP tersebut sekali gus berinfaq ke tabung Masjid.

Beliau juga mendoakan semoga Allah SWT membuka lagi pintu rezeki kepada semua jemaah dan dipermudahkan urusan…KA.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN