26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Korban Perdana UMNO Labuan tumbangkan tujuh ekor lembu

Mohd Rafi bersama Puteri UMNO yang diberi tanggungjawab jawab menimbang dan membungkus daging korban pada program tersebut.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan menyumbangkan tujuh ekor lembu untuk Program Korban Perdana sempena Hari Raya Aidil Adha 2025M/1447H.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Mohd. Rafi Ali Hassan berkata, dua daripada lembu berkenaan disumbangkan kepada anggota keselamatan Polis dan Tentera TUDM Pangkalan Udara Labuan.

Manakala lima ekor lagi ditumbangkan melalui Program Korban Perdana yang dilaksanakan secara gotong royong oleh ahli ahli UMNO Bahagian Labuan empat peringkat. Wanita, Pemuda dan Puteri.

Mohd Rafi yang juga, Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, pada pada ahun ini program yang menjadi tradisi UMMO Labuan untuk kali ke 17 diadakan di Balai Raya Kampung Batu Manikar selaku tuan rumah pelaksanaannya.

“Selain kita menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim AS, program ini juga menjadi platform dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan, antara ahli ahli UMNO dengan masyarakat akar umbi.

Mohd Rafi menyampaikan daging korban kepada Ketua UMNO Cawangan Batu Manikar, Ismail Samad selaku Ketua pelaksana Program Korban Perdana UMNO Bahagian Labuan.

“Syukur Alhamdulillah hari ini saya melihat kehadiran yang begitu ramai dan inilah yang kita mahu. Selain kita beribadah melalui program Korban Perdana ini, kita juga dapat juga mendekati masyarakat”, katanya ketika ditemui pemberita pada program tersebut.

Selain daripada ahli ahli UMNO empat peringkat, program tersebut turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada penduduk setempat bergotong royong melapah dan membungkus lebih 1000 daging korban untuk diagihkan kepada asnaf.

Program tersebut terus dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pemain Parti Parti kompenin Kerajaan Perpaduan antaranya Ketua Bahagian Parti Warisan, Datuk Rozman Isli dan Ketua Parti Amanah Kawasan Labuan, Datuk Wira Dr. Ramli Tahir.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias, Bendahari UMNO Labuan, Musa Basman, Ketua Ketua Kampung dan Ketua Ketua UMNO peringkat Cawangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN