31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Ko-Nelayan dapat sambutan Positif

Kong menerima cenderakenangan daripada Sainin

RANAU: Program Bersama Nelayan, Pengusaha Akuakultur dan Pengusaha Hiliran, Anjuran Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) Agensi di bawah Kementerian Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah
(MAFFI) pada 29hb MEI (Rabu) disini, amat bermanfaat dan mendapat sambutan positif.

Sesuai dengan tema Ko-Nelayan “Peneraju Transfomasi Nelayan” , Pengerusi Ko-Nelayan, Kong Soon Choi mahu masyarakat setempat di Daerah Ranau, khususnya di Mukim Paginatan-Paus disini, menambah ilmu Penternakan ikan dan mengambil tahu skim bantuan kerajaan ditawarkan dan disediakan oleh Ko-Nelayan.

“Ko-Nelayan menawarkan pelbagai bantuan pengusaha penternakan ikan antaranya Program Peningkatan Pendapatan Nelayan melalui Skim Nelayan (i-Nelayan), Pembangunan Industri Kecil Perikanan (i-Hiliran) dan Skim Bantuan Pengusaha Akualultur (i-Akuakultur). Selain itu Program Pembangunan Usahawan iaitu Skim Peneraju Usahawan (i-Usahawan)”, tambah beliau.

Antara pengisian program ini adalah taklimat Program Pembangunan Nelayan disampaikan Arieavistara Ryee Kuinon (Pengurus Wilayah Pantai Barat) dan taklimat Program Akuakultur Ko-Nelayan oleh Muhamad Afik Bin Mohamad Azli, Pegawai Perikanan Ko- Nelayan.

Pengerusi Penganjur dan Penyelaras Program, PPM Dun Paginatan, Sainin Hamid, sangat berterima kasih dengan Ko-Nelayan yang julung kalinya mengadakan program seumpamanya di Daerah Ranau khususnya di Dun Paginatan.

Beliau turut berterima kasih dengan kehadiran ramai peserta program dengan menyatakan agar para peserta yang terdiri dari Nelayan Darat mengambil peluang memajukan diri melalui bantuan serta nasihat tunjuk ajar dari Ko-Nelayan.

Disamping itu, Program Pembuatan Perahu “Fiber Glass” bakal dibina di Dun Paginatan untuk membantu para nelayan yang memerlukan.

Turut hadir Pengurus Tertinggi Ko-Nelayan Pn. Dahara Paro dan Pembangunan Inovasi Perikanan Tn.Burhan Hj.Japar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN