27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PROGRAM JUARA LAGU Keningaufm MARTABATKAN LAGU TEMPATAN PEDALAMAN- ROBERT

Robert bersama sebahagian pegawai RTM serta para pemenang Juara Lagu Keningaufm kali ke-7 tahun 2024.

KENINGAU: Peranan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya stesen radio Keningaufm dalam memartabatkan lagu-lagu tempatan khususnya di Pedalaman amat disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat, melalui penganjuran Program Juara Lagu Keningaufm yang telah dijadikan acara tahunan sejak 7 tahun lalu.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah yang juga Adun N.40 Bingkor, Datuk Robert Tawik berkata usaha RTM itu bukan sahaja menambah koleksi lagu-lagu dalam bahasa tempatan, juga menambah karya seni para penggubah lagu dan juga seni muzik yang bukan sahaja menambah nilai komersial juga mampu menjaga keunikan bahasa tempatan itu sendiri.

Katanya selain menambah koleksi lirik lagu tempatan ianya juga menggalakkan pengiat seni suara dalam kalangan artis tempatan untuk membawa persada seni tempatan didalam dan luar negara seterusnya memberi impak positif kepada pasaran dan ekonomi melalui produktivi seni di negeri ini khasnya di kawasan pedalaman.

“ Saya yakin penganjuran yang dijadikan acara tahunan ini amat baik sekali kerana setiap tahun ada saja karya seni yang baru sesuai dengan perubahan dan sambutan pendengar lagu-lagu tempatan, maka usaha RTM ini sudah tentu mempromosikan negeri kita yang kaya dengan produktiviti bukan sahaja pelancongan tetapi melalui karya seni termasuk bidang nyayian”katanya selepas menghadiri program Juara Lagu Keningaufm kali ke-7 di dewan Masyarakat Keningau dakt sini.

Terdahulu Robert yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Jeffery Kitingan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. Dalam program itu, Lagu Kando Kaingkatahan, Inggaa Kaagal Dika dan Pernah Bahagia, masing-masing dinobatkan juara lagu dalam Kategori siaran murut , Dusun dan Melayu.

Ketiga -tiga lagu ini masing-masing dinanyikan oleh Jordan Jubilin, Erdeeyona Christopher Kunjan dan Chychy Alinjiran. Pemenang masing-masing membawa pulang hadiah RM5000 serta piala trofi dan sijil penghargaan.

Sementara itu Lagu kando kaingkatahan juga dinobatkan pemenang lirik terbaik hasil ciptaan Gasiun Ann Felix yang dinanyikan oleh Jordan Jubilin. Manakala vokal terbaik dimenangi oleh Erdeeyona Christopher Kunjan manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Zackiddin Zachry.

Hadiah setiap kategori ini pemenang membawa pulang hadiah RM1000 serta trofi dan sijil penghargaan manakala saguhati kepada yang tidak berjaya menerima wang tunai RM500.- Oleh : Francis Andin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN