30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Jom Masuk Kampung sgtrategi kerajaan membangunkan kampung dan komuniti luar bandar – Bashir

SIJIL….Bashir menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang menjayakan Program Jom Masuk Kampung.

LABUAN:Program Masuk Kampung adalah platform strategik antara pihak kerajaan bersama pemimpin, belia dan komuniti bagi memperjelaskan  strategi, tindakan  dan perancangan pihak kerajaan dalam membangunkan kampung dan komuniti luar bandar.

Demikian kata Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias  berkata, ketika merasmikan Program Masuk Kampung yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada, pada Isnin.

Program ini juga katanya  dapat  membina  perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan  belia  melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian.

“Selain itu ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara pihak kerajaan, pemimpin dan juga masyarakat, selain membina perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Asri Salleh, Pegawai  KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert Julian dan Ketua Kampung Sungai Lada, Jali Mumin.

Bashir yang juga Ahli Dewan Negara berkata, program  seperti rewang, kenduri sekampung pula dapat menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan  gotong royong dalam kalangan belia dan masyarakat kampung untuk bersama sama menyediakan pelbagai jensi menu untuk santapan semua.

TAHNIAH…. Bashir menyampaikan peralatan ‘Quick Win Bakery kepada puan Suzzella Surugi sambil diperhatikan Asri (dua kanan), Rithuan (kiri sekali) dan Jali.

Program Jom Masuk Kampung anjuran KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Lada  telah berlangsung sehari menyediakan  pelbagai aktiviti antaranya zumba, pertandingan futsal, kenduri sekampung (rewang), Malam Sekalung Budi, penyampaian simbolik penghargaan ‘Quick Win Bakery, persembahan  kebudayaan dan muzik tradional ‘Memukun’ oleh KUMALA dan cabutan tiket bertuah kepada pengunjung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN