33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PROGRAM IMUNISASI DI PPV RANAU BERJALAN LANCAR

Efrisca (kiri) dan rakannya Syahira ketika menunggu giliran menerima suntikan dos dua.

RANAU: Program Imunisasi Vaksin mengekang penularan Covid-19, di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Masyarakat Ranau berjalan lancar dengan adanya usaha serta kerjasama bersepadu serta keseriusan  para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) Jabatan Kesihatan Daerah dengan bantuan  daripada anggota Rela, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anggota Pertahanan  Awam Malaysia (APM) dan pasukan Sukarewalan Covid-19.

Tinjauan penulis ke PPV tersebut mendapati para petugas anggota Rela sentiasa mempastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi orang ramai yang duduk mengikut lajur kerusi yang tersedia, termasuklah penjarakan  sekurang-kuranya satu meter antara individu, memakai pelitup separuh muka dan  membasuh tangan dengan sabun pembunuh kuman (sanetizer).

Program itu yang dilaksanakan sejak Mac tahun ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir 4.30 petang setiap hari selagi bekalan vaksin mencukupi untuk suntikan dos pertama dan dos kedua.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau selaku ketua Pegawai Penyelaras PPV tersebut, Dr.Nurul Fatiha Azman ketika ditemui, berpuas hati dengan kerjasama yang ditonjolkan para petugas  frontlines (barisan hadapan) mempastikan proses program imunisasi vaksin tersebut berjaya dilaksanakan dengan baik dan teratur.

“Kita amat mengharapkan kepada penduduk kawasan Ranau dan kundasang agar mendaftar menerusi aplikasi Mysejahtera atau secara online dan hadIr untuk menerima suntikan ke PPV di sini untuk mengekang jangkitan  Covid-19 yang kini masih belum berakhir melanda seluruh dunia termasuk Malaysia”, jelas Dr.Nurul sambil memaklumkan setekat 28 Ogos seramai 66.86 peratus (52,284 penduduk) menerima suntikan dos pertama dan 46.09 peratus (36,355 orang) telah melengkapkan suntikan dos kedua daripada 78,200 penduduk di daerah Ranau yang layak menerima Vaksin Sinovac atau Pfizer.

Rujineh merakam gambar bersama salah seorang anggota Rela yang bertugas di PPV dewan masyarakat Ranau.

Dr.Nurul menyeru orang ramai supaya tidak berasa takut atau bimbang dengan kesan suntikan vaksin kerana kedua-duanya adalah selamat digunakan.

“Barisan pemipin negara dan negeri di Malaysia termasuk Perdana Menteri sudahpun menerima suntikan dos 1 dan 2 lebih awal sebelum kepada rakyat di mana sahaja mereka  tinggal di negara ini”, tambah Dr.Nurul.

Sementara itu beberapa orang penerima suntikan yang sempat ditemui, berasa lega kerana telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai benteng diri sendiri, keluaraga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19.

“Kita mengharapkan kepada semua penduduk yang layak menerima suntikan vaksin supaya menyertai program imunisasi vaksin yang sedang dilaksanakan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19”,jelas dua orang peserta Latihan Bahagian Pelancongan di Kundasang, Cik Efrisca Emyelen Dausin 20, dari Kg.Kapur Kudat dan rakanya, Cik Syahira Salleh Ghani 20, anak kelahiran Kg.Poinolobu Kota Belud sependapat dengan Rujineh Sugiman 32, dari Kg.Kiau Nuluh yang mengenakan pakaian ala ‘Geku’.
                  

  1. Efrisca (kiri) dan rakannya Syahira ketika menunggu giliran menerima suntikan dos dua.

2.Rujineh merakam gambar bersama salah seorang anggota Rela yang bertugas di PPV dewan masyarakat Ranau.

3.Dr.Nurul (kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang penerima suntikan vaksin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN