26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Imunisasi Covid- 19 Kebangsaan Daerah Kecil Pegalungan diadakan 24 – 25 Jun ini.

Ghani (dua dari kiri)bersama rombongan semasa melawat Klinik Kesihatan Pekan Pensiangan.

Oleh:Marutin Ansiung

NABAWAN:Program Imunisasi Covid- 19 Kebangsaan (PICK)bagi Daerah Kecil Pegalungan  akan di adakan di dewan terbuka Pegalungan pada 24 hingga 25 Jun ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamad Yassin menyarankan setiap ketua masyarakat di kampung masing-masing dalam daerah kecil berkenaan agar dapat menghantar senarai nama yang layak divaksin kepada pihak Pejabat Kesihatan Nabawan dalam masa terdekat ini untuk memudahkan pemberian vaksin covid- 19.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat klinik Kesihatan Pekan Pensiangan pada Jumaat.

Jelas Ghani, Pejabat ADUN Nabawan, Pejabat Daerah Nabawan termasuk Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Nabawan akan bersedia membantu pihak Pejabat Kesihatan Nabawan bagi memudahkan segala urusan agar program berkenaan berjalan lancar sekaligus mencapai sasaran imuniti kelompok 80 peratus.

Ghani (kanan)diberi taklimat ringkas oleh Doktor Anna mengenai Program Imunisasi Covid- 19 Kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Pegawai Perubatan Kesihatan Nabawan Doktor Anna Rohlianty Gesoun, bagi kawasan Pekan Pensiangan memandangkan kawasan ini tidak mempunyai talian internet dan kesukaran pengangkutan penduduk maka pemberian vaksin covid-19 turut dijalankan secara manual iaitu daftar dan jarum selepas penilaian kesihatan pada hari mereka datang ke klinik bagi memudahkan mereka menerima vaksin.

Katanya, bagi penduduk kampung di kawasan perkampungan yang jauh seperti kampung saliliran yang berhampiran sempadan Indonesia pemberian vaksin covid-19 akan menggunakan perkhidmatan helikopter manakala  pada 26 Jun diadakan di balai budaya kampung Salinatan, pada 27 Jun di kampung Sikalabaan dan 28 Jun di Klinik Kesihatan Pekan Pensiangan.

Jelas Doktor Anna, penduduk yang berhampiran dengan kampung berkenaan diharap dapat hadir pada hari berkenaan.

Terdahulu Ghani diberi taklimat ringkas oleh Doktor Anna mengenai perkembangan pemberian vaksin di Pekan Pensiangan dan kampung-kampung sekitarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN