25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Gerak Rahmah Jom Sihat inisiatif JPNIN memperkasa aktiviti KRT

JOM SIHAT…. Ketua Berita Elwal Semasa(BES) RTM Labuan, Izuandi@ Boy antara pengunjung yang membuat pemeriksaan kesihatan sekaligus menyokong program Gerak Rahmah Jom Sihat JPNIN Labuan.

LABUAN: Program Gerak Rahmah Jom Sihat yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional  (JPNIN) merupakan salah satu aktiviti membangunkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  dengan pelbagai aktiviti yang berimpak tinggi bagi kesejahteraan komuniti dan  rakyat secara keseluruhannya.

Pengarah JPNIN Wilayah Persekutuan Labuan, Esther Dingkawan berkata, program yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara itu  juga bertujuan memperkasa dan mempertingkatkan serta mempergiatkan aktiviti KRT kearah membangunkan komuniti Rahmah. 

“JPNIN  berharap program ini  juga akan mendapat bantuan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi memajukan dan menjadi medium dalam menggerakkan KRT secara bersama dan menyeluruh.

“Selain itu peranan KRT dalam komuniti  dapat diaktifkan dan diperkukuhkan serta mempromosi KRT sebagai jentera perpaduan penting dan tonggak perpaduan komuniti” katanya ketika berucap merasmikan  program tersebut di Taman Botani Labuan, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Francis Paul dan Pengerusi KRT seluruh Labuan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program itu berlangsung antaranya Senam Harmoni, Harmoni Fun Walk 10,000 langkah, pameran dan saringan kesihatan, sert pertandingan menu rahmah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN