Program Berjalan 10,000 langkah landasan bentuk kesihatan diri.

Program Berjalan 10,000 langkah landasan bentuk kesihatan diri.

30/01/2020 0 By Admin

Oleh: SALWAH ARAMAT

RANAU : Usaha Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bongkud di sini untuk menganjurkan program Berjalan 10,000 Langkah peringkat kampung menjadi landasan kukuh membudayakan kesihatan tubuh badan secara berterusan.

Program itu juga sebagai menyahut saranan Jabatan Kesihatan untuk mengekalkan kelancaran aliran darah dalam tubuh agar tidak mudah diserang penyakit berjangkit berkaitan darah.

Pegawai Perpaduan Daerah Ranau, Rozaidi Bin Ibrahim yang juga menyertai aktiviti itu dalam ucapan perasmiannya, memuji wanita KRT kampung Bongkud kerana berjaya menganjurkan program itu sebagai salah satu aktiviti kesihatan melibatkan semua peringkat umur.

Sebahagian peserta aktiviti berjalan 10,000 langkah peringkat Kg. bongkud Ranau.

“Laluan sejauh 7.5 kilometer itu amat baik, sebagai latihan fizikal melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas”, jelas Rozaidi.

Sementara itu, Ketua Adat (Ketua Kampung) Kg.Bongud, Bindang Mantakag dalam ucapan aluannya, turut memuji penyertaan lebih 50 orang penduduk dan sokongan serta kerjasama daripada Jabatan Perpaduan daerah Ranau kerana membantu melaksanakan program tersebut.

“Walaupun kita mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit dalam perjalanan tadi, tetapi syukur semuanya tiba di tempat penamat “, kata Bindang yang turut menyertai aktiviti itu yang bermula dengan aktiviti Senam Robek sebagai aktiviti memanaskan badan.-T A M A T-