29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Aspirasi Malaysia 2024 inisiatif Jabatan Penyiaran Labuan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangaaan dan Hari Malaysia.

FAUZIAH (tengah) memotong kek Pulut Kuning simbolik perasmian  Sinergi LABUANfm:Program Aspirasi Malaysia 2024.

LABUAN: Program Sinergi LABUANfm: Program Aspirasi Malaysia 2024   anjuran Jabatan Penyiaran Labuan  merupakan salah satu peranan jabatan itu menyampaikan maklumat kerajaan dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri, Fauziah Sidek berharap  melalui program tersebut akan dapat menerapkan nilai nilai murni seperti berdisiplin, mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

Tambahnya, program yang diterbitkan oleh Noor Afatizah Sabtu itu mampu menjadi platform mengetengahkan dan mempromosikan lokasi bersejarah dan menarik yang terdapat di Labuan. Seterusnya mendekatkan pendengar dengan LABUANfm dan RTM secara amnya.

“Sebanyak enam kumpulan terdiri tiga peserta setiap kumpulan telah menyertai program tersebut dan setiap peserta perlu menyiapkan tugasan di lima lokasi ‘check point’ yang telah ditetapkan iaitu di Wak Kiman Campsite, Surrender Point, padang memanah Sungai Labu, Muzium Labuan dan Pantai Tanjung Aru Nelayan” katanya ketika ditemui media, kelmarin.

PEMENANG program  Aspirasi Malaysia 2024 bersama kakitangan Jabatan Penyiaran.

Program tersebut yang mendapat kerjasama Jabatan Muzium  Labuan, Jabatan Pendidikan Labuan dan Perbadanan Labuan telah diadaka pada Ahad.

Perlepasan peserta yang bermula di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, manakala majlis penutupannya di Tanjung Aru Nelayan.

Sementara itu, pasukan PIMMG muncul johan acara tersebut untuk menerima hadiah wang tunai RM900.00

Naib johan dimenangi oleh pasukan Serangkai Girls untuk menerima hadiah wang tunai RM600.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Mummy Puff Girls menerima hadiah wang tunai RM450.00.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN