31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Aktiviti Mutiara GRS Sabah DUN Nabawan dapat sambutan baik

Asiah (tiga dari kanan)bersama Ghani (empat dari kanan)dan pemimpin-pemimpin masyarakat bergambar kenangan dengan peserta program itu.

NABAWAN:Program Aktiviti Mutiara GRS Sabah bagi peringkat DUN N.46 Nabawan mendapat sambutan walaupun ia diadakan secara sedarhana berikutan pematuhan SOP pandemik COVID-19 yang masih dikuatkuasa dibawah Pelan Pemulihan Negara Fasa ke 4.

Program dibawah kelolaan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS)itu yang diisi dengan pertandingan memasak, bengkel membuat kek dan solekan asas itu dirasmikan oleh Datin Asiah Haji Azlan isteri ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin.

Datin Asiah berkata, tujuan pertubuhan menganjurkan program sebegini adalah untuk berkongsi ilmu dan mendekati komuniti setempat khususnya yang berminat dalam bidang seperti masak-memasak dan kecantikan.

Katanya, melalui program sebegini hubungan silaturahim akan lebih erat dan mewujudkan percambahan idea dalam memajukan diri khususnya dalam bidang keusahawanan.

“Kita doakan, agar suatu hari nanti ada diantara kita khususnya mereka yang masih muda tidak kira dalam kalangan kaum hawa, mahupun kaum adam di daerah Nabawan ini yang boleh 

membawa nama daerah ini ke persada yang lebih tinggi dalam bidang sebegini kerana kemahiran yang yang diperolehi boleh digunakan untuk aktiviti keusahawanan mahupun untuk pekerjaan khususnya pada era kini” katanya.

Menurut Asiah, berkongsi ilmu dalam bidang yang boleh memberikan pulangan yang bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat setempat.

Program yang berlansung di Dewan Kampung Malampoi itu turut dihadir oleh ADUN Nabawan yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, Naib Ketua Sri Kandi Pensiangan Puan Sitam Ansula dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN