ADVERTISEMENTspot_img

Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari dilantik Pengarah UMSKAL Yang Baharu

SERAH…..Mohd Rizal menyerahkan secara simbolik dokumen teria tuugas kepada Dr Shamsul ( dua dari kiri)

LABUAN: Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin dilantik sebagai Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang baharu berkuatkuasa 13 Mei 2025.


Beliau menggantikan Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd. Hamid yang menyandang jawatan berkenaan pada 2021- 2025.


Majlis Serah Tugas Pengarah UMSKAL telah diadakan di Bilik Eureka, Bangunan Menara, UMSKAL.


Terdahulu Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari memeriksa Kawalan Kehormat Pengarah yang terdiri daripada lapan anggota yang diketuai Pegawai Keselamatan Kanan, Sektor Keselamatan, ASP Rakam Singh A/L Karam Singh di pekarangan Bangunan Menara.


Ketibaan beliau disambut Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohammad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia (SPSM) UMSKAL, Mas Adi Alimin.


Turut hadir Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Antarabangsa Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Dr. Nooralisa Mohd Tuah.


Hadir sama Ketua-ketua Sektor dan pegawai kanan FKAL, FKI dan PPIB.


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan, Maju & Sejahtera diikuti Bacaan Doa oleh Ketua Sektor Hal Ehwal Islam dan Masjid, Ustaz Mohd. Khairul Isham Abd. Latiff.


Majlis diteruskan dengan ucapan Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal disusuli ucapan Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari.


Dr. Mohamad Rizal mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai, pensyarah dan kakitangan yang bekerjsama menjayakan pelbagai program sepanjang beliau menyandang jawatan berkenaan.


Sementara itu, Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari berharap setiap program yang bakal dilaksanakan perlu mengutamakan tiga ciri iaitu Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan (3K).


Beliau juga berharap dalam tenpoh dua tahun ini dapat melaksanakan pelbagai program yang berkaitan pembelajaran dan pengajaran (PdP), menaiktaraf kolej kediaman dan mewujudkan laman web versi Bahasa Inggeris.


“UMSKAL perlu dilihat ke hadapan sesuai dengan statusnya sebagai IPTA bertaraf antarabangsa.


“Saya memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk pihak pengurusan, pegawai, pensyarah dan kakitangan supaya setiap perancangan berjalan lancar dan mencapai matlamatnya”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN