JUARA siri pertama… Sidi Yussof @Sidi Gambus (empat dari kanan) bersama penganjur dan tetamu kehormat yang menyaksikan pertnadingn tersebut
LABUAN: Syarikat alat memancing yang baharu ditubuhkan tahun lalu PRO TECH sekali lagi menganjurkan Pertandingan Memancing Pesisir Pantai Siri 2 yang akan diadakan di sepanjang pantai Tiara Tanjung Batu, disini pada 28 Ogos depan.
Menurut Pengerusi Penganjur Hafizul Mazlan, pertandingan tersebut menyediakan hadiah keseluruhan RM7,400 dan merupakan pertandingan siri 2, selapas siri pertama berjaya menarik penyertaan lebih 250 peserta dari Sabah, Sarawak dan Brunei selain peserta tempatan.
Beliau berkata, peserta yang bergelar juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, naib johan bakal membawa pulang wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga RM600.
Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM200 dan RM150.
PRO TECH …. penganjur Pertandingan memancing siri 2 menyediahkan hadiah lumayn untuk di bawa pulang.
“Selain itu kami juga menyediakan hadiah sagu hati iaitu tempat 7 hingga ke 10 akan menerima hadiah sagu hati wang tunai bernilai 100 dan tempat ke11 hingga ke 35 menerima hadiah sagu hati wang tunai RM70.” Katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.
Menurut Hafizul, para peserta boleh menggunakan 1 joran hingga 3 joran dengan yuran sebanyak RM35 (satu joran), dua joran (RM65) dan tiga joran (RM90).
“Pertandingan ini adalah kesinambungan pertandingan siri 1 yang telah diadakan di Pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan sempena Sambutan Tahun Baharu 2022 yang menyaksikan juara ketika itu berjaya menaikkan ikan pari seberat 10.95kg.” katanya.
Sementara itu, majlis pelancaran (flagoff) dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, manakala majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias.
Dalam perkembangan yang sama, PRO TECH juga akan menganjurkan Fishig Kayak Tertutup yang akan diadakan pada 31 Ogos sempena Hari kebangsaan 2022.
Hafizul berkata, untuk pertandingan Fishing Kayak, pihaknya menyasarkan penyertaan sebanyak 50 peserta.
Sementara itu, para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan Hafizul di talian 0167499466 atau terus ke kedai PRO TECH yang terletak di Medan Selera, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.