31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PPZ -MAIWP ziarah  pembayar zakat yang terkesan

Gambar: SERAH….. Abdul Hakim menyerahkan sumbangan kepada Haji Ramli sempena Program Kunjung  Komuniti Cakna Labuan dan Ziarah Pembayar Zakat

LABUAN:  Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Labuan menziarahi lima buah keluarga  pembayar zakat yang terkesan dari segi pendapatan  akibat ditimpa musibah  pandemik COVID 19 dan juga masalah kesihatan menerusi Program Komuniti Cakna Labuan dan Ziarah Pembayar Zakat

Melalui program ini, PPZ-MAIWP  telah menyampaikan sumbangan  berbentuk kewangan dan barangan keperluan sebagai tanda penghargaan  di atas sokongan  mereka yang sebelum ini  merupakan pembayar zakat tegar  di pulau bebas cukai ini.

Rombongan ziarah   tersebut diketuai oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Turut sama, Pengurus Besar Kanan Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan, Pengurus Besar Khidmat Kaunter dan Wakalah PPZ-MAIWP, Ustaz Fahmi Ismail dan Penolong Pengurus Besar Cawangan PPZ- MAIWP Labuan, Mohd Hakemal Hussin.

Terdahulu ketika ditemui media,  Abdul Hakim berkata, program  ziarah itu    bukan sahaja untuk menyampaikan sumbangan  tetapi juga cuba melihat bantuan yang boleh ditawarkan oleh PPZ MAIWP  bagi membolehkan mereka bangkit semula.

“Pembayar Zakat yang kita ziarahi hari ini ada yang sedang bergelut dalam memulihkan perniagaan mereka dan ada juga yang sedang diuji kesihatan  sehingga lumpuh dan tidak dapat bercakap  yang dahulunya mereka ini  sentiasa  memberi sokongan atas segala usaha dakwah zakat  disamping  menjadi pembayar besar zakat di Labuan.

“Jadi kami  bukan hanya  mengutip zakat untuk kita salurkan kepada asnaf–asnaf terlibat tetapi kami juga cakna  dengan mereka mereka yang pernah  menjadi hero asnaf…tetapi kali ini mereka diuji namun masih mampu membayar zakat walaupun sedikit” katanya.

Dalam pada itu, beliau  berharap  agar program Komuniti Cakna Labuan PPZ-MAIWP ini  menjadi titik mula kepada pembayar zakat yang terkesan untuk  bangkit semula dan kembali menjadi pembayar zakat.

Sementara itu,  tiga daripada lima pembayar zakat  terkesan yang sempat diziarahi ialah  Hanafiah Dawood (Kampung Layang-Layangan), Haji Mohd  Ramli Mohd Zaman (Kampung Kilan) dan Sofia Abdullah (Taman Perumahan Batu Arang).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN