26 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPZ agih RM421,670  wang zakat  kepada asnaf  warga PDRM

SUMBANGAN…. Idris menyampaikan sumbangan  Bakul Rezeki kepada  keluarga asnaf PDRM sambil diperhatikan Abdul Hakim (dua dari kanan) dan Sulaiman (kiri sekali)

LABUAN: Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengagihkan wang zakat berjumlah RM421,670.00  kepada  asnaf warga PDRM.

Pesuruhjaya Polis Sabah,  Dato’ Idris Abdullah berkata,  wang  zakat tersebut diagihkan melalui Tabung Wakalah Zakat PDRM yang juga merupakan sebahagian pengembalian semula wang zakat daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP  hasil daripada bayaran zakat PDRM melalui kaedah Potongan Zakat Bulanan secara potongan gaji.

Beliau berkata, pada tahun ini jumlah agihan zakat secara Wakalah   yang diterima oleh PDRM meningkat sebanyak RM471, 135.000

 “Bagaimanapun sehingga kini bayaran zakat melalui potongan gaji  oleh warga PDRM masih ditahap rendah iaitu seramai 2,705  anggota  atau 13.6 peratus berbanding kekuatan anggota PDRM yang berada di Wilayah Persekutuan seramai 19,843 orang”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan Khas Warga PDRM Wilayah Persekutuan Labuan di salah sebuah hotel, dekat sini, pada Khamis.

Sehubungan dengan itu katanya, PDRM dengan kerjasama PPZ MAIWP  Wilayah Persekutuan Labuan telah melancarkan Kempen Potongan Zakat Bulanan bersama  Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan.

Beliau berharap  kempen itu akan dapat memberikan penjelasan secara terperinci kepada anggota PDRM di Labuan sekaligus menyemarakkan  kesedaran pembayaran zakat secara potongan zakat bulanan.

Jelas beliau, mengikut rekod pembayar zakat secara potongan bulanan bagi IPD Labuan  adalah seramai 39  orang dengan jumlah caruman  sebanyak RM 2,175 sebulan dan jumlah ini masih rendah berbanding dengan keanggotaan warga IPD Labuan yang sedia ada” katanya.

Idris berkata, Skim Potongan Zakat Bulanan Khas  Warga PDRM  yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 September lalu bertujuan untuk  melihat lebih ramai anggota PDRM  melaksanakan Skim Potongan Zakat Bulanan selain  dapat membantu golongan asnaf PDRM yang memerlukan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan  sumbangan Bakul Rezeki kepada 9 orang penerima yang terdiri daripada asnaf warga PDRM Labuan.

Selain itu beliau juga turut menyampaikan naskah Alquran untuk keperluan Surau  Ibnu Sina IPD Labuan.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP,  Haji Abdul Hakim Amir Osman,  Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kauseling, Deputi Komisioner Polis Sulaiman  Yahaya, Ketua Penolong Pengarah JIPS  (Agama dan Kauseling) SAC Haji Ghazali Haji Daud dan Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN