33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPV Kolej Matrikulasi Labuan berjalan lancar

MOHD Dzulfaizal (kiri sekali) bersama ahli MPP yang membantu menyelaras pendaftaran penerima vaksin di PPV KLM, pada Jumaat.

PPV Kolej Matrikulasi Labuan berjalan lancar

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kolej Martikulasi Labuan (KML) yang baharu dibuka  secara rasmi hari ini berjalan lancar dan teratur serta mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada warga kampung khususnya yang berada di kawasan persekitaran KML.

PPV KML yang menjadi pusat pemberian vaksin ke tiga di pulau ini diselaraskan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) dari sudut pendaftaran   penerima vaksin dos pertama termasuk mereka yang mendaftar secara ‘walk in’.

Menurut Pengerusi MPP Zon Labuan,  Mohd Dzulfaizal Ab Manan, untuk  peringkat awal ini MPP mengutamakan penduduk di empat buah kampung yang terdekat dengan PPV KML iaitu Kampung Ganggarak, Pohon Batu, Batu Manikar dan juga Lubok Temiang.

“ Untuk  hari ini kita mensasarkan 1,000 orang akan  menerima vaksin dan  setakat ini dalam tempoh dua jam kita   telah mendaftar masuk lebih 500 individu  untuk divaksin iaitu melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh MPP” katanya ketika ditemui media di PPV KML, pagi ini.

SEBAHAGIAN  daripada penduduk kampung diberikan taklimat ringkas sebelum menerima suntikan vaksin di PPV KML.

PPV KML  dibuka kepada orang ramai dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang, manakala pada Ahad dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari.

Justeru itu, beliau berharap penduduk kampung yang belum lagi menerima vaksin atau mendaftar melalui MySejahtera diminta terus mendaftar melalui Ketua Kampung masing-masing untuk diselaraskan pendaftarannya melalui MPP sekaligus memudahkan mereka untuk menerima vaksin  mengikut jadual  yang disediakan oleh MPP.

Beliau berkata MPP Zon Labuan memainkan peranan untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam proses pendaftaran dan seterusnya  pemberian  vaksin COVID 19 kepada masyarakat di pulau ini.

Jelasnya, pengwujudan PPV KML mampu  meningkatkan jumlah pendaftaran dalam komuniti setempat sekaligus mempercepatkan   sasaran  80 peratus  imuniti kelompok menjelang pertengahan bulan Julai ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN