DITAHAN….anggota Polis Marin Labuan menahan seorang lelaki kerana cuba menyeludup minuman keras ke tanah besar Sabag tanpa cukai.
Labuan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya mengesan taktik seorang penyeludup yang menyembunyikan 350 karton minuman keras yang disorok di bawah muatan tepung gandum dalam sebuah lori di Pekan Menumbok, petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira 6,15 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang memandu lori seberat 10 tan ditahan kerana didapati cuba menyeludup minuman keras ke tanah besar Sabah tanpa cukai.
Menurut Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Persekutuan Labuan, Inspektor Shafiq Rezza Rahim, bertindak atas maklumat risikan Ops Terancang (Ops Benteng) , PPM telah mendapat maklumat mengenai sebuah lori 10 tan yang dipercayai membawa minuman keras tanpa cukai dari Labuan menaiki feri kenderaan ke Menumbok.

RAMPAS…..Sebahagian minuman keras yang Berjaya di rampas oleh PPM Labuan, pada Selasa di Pekan Menumbok
“Ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat 350 karton minuman keras telah disembunyikan bersama muatan tepung gandum dalam kargo lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, hasil daripada pemeriksaan lanjut mendapati minuman keras berjenama Royal Stout dan Guinness Stout cuba di bawa keluar dari Labuan tanpa cukai yang di percayai cuba diseludup ke tanah besar Sabah.
Jumlah keseluruhan minuman keras yang dirampas termasuk lori dianggarkan bernilai RM350,000 termasuk cukai.
“Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.2