27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPM DUN LAMAG ANGGAP TUGAS SEBAGAI SATU AMANAH

WATIKAH…Abu Bakar ketika menerima watikah sebagai PPM DUN Lamag dari Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor di Pusat Pentadbiran Negeri baru baru ini .

KOTA KINABALU : Menanggap tugas serta tanggungjawab yang diberikan sebagai satu amanah besar kepada masyarakat khususnya rakyat di kawasan baharu DUN Lamag Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Lamag Abu Bakar Gapar (gambar) beriltizam melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Abu Bakar 41 yang lahir di kampung Kuamut berkelulusan DIploma Sains Politik turut berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Wakil Rakyat kawasan Lamag yang juga Timbalan Ketua Menteri Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang meletakkan kepercayaan kerana melantik beliau sebagai PPM di kawasan tersebut.

Menurut Abu Bakar berbakalkan sedikit pengalaman masa lalu dimana beliau pernah menjadi CDO N.47 Kuamut dari 2014-2018 akan dijadikan asas untuk beliau meneruskan khidmat bakti bagi membantu Adun di kawasan tersebut membangunkan kawasan DUN Lamag agar seiring dengan pembangunan di lain- lain kawasan.

” Semua maklum DUN Lamag adalah DUN Baharu diwujudkan selepas PRN negeri baru baru ini walaupun ianya kawasan baharu yang mempunyai 22 buah kampung yang sudah diiktiraf dan mempunyai dua mukim iaitu mukim Buang Sayang dan Mulut Bukit Garam namun faktor geografi kedudukan lokasi kampung- kampung yang berjauhan merupakan antara cabaran untuk menyelaraskan tugas saya sebagai PPM di kawasan ini ” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah jawatan PPM di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Teluk Likas baru baru ini .

Menurut Abu Bakar keadaan ini akan ditambah baik pada masa akan datang untuk menambah bilangan mukim yang sedia ada bagi melicinkan dan menyelaraskan lagi tugas beliau sebagai PPM di kawasan tersebut .

” Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini sudah tentu saya mengharapkan sokongan serta kerjasama dari semua pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi seperti MPKK , pemaju mukim pemaju masyarakat Ketua Kampung dan lain- lain” katanya.

Menurut Abu Bakar lagi ,konsep kerja berpasukan akan terus menjadi amalan beliau bersama pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan tersebut bagi mempastikan segala dasar dan program kerajaan mencapai sasarannya .

“Ini selaras dengan komitmen dan sikap cakna wakil rakyat Lamag Bung yang sentiasa paka dan terhadap kebajikan rakyat dan hala tuju beliau dalam membawa perubahan dari aspek pembangunan di DUN Lamag demi kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan ini ” tambah Abu Bakar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN