33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PPKLS Catat keuntungan RM14,000 selepas 5 tahun catat kerugian

PENGERUSI PPKLS…. Haji Chemat Haji Mustapha

LABUAN: Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan Selatan (PPKLS) buat julung kalinya mencatat keuntungan sebanyak RM14,000 tahun lalu melalui pelbagai projek ekonomi   setelah lima tahun  mencatatkan kerugian.

Pengerusi PPKLS, Haji Chemat Haji Mustapha berkata, keuntungan itu dicatat melalui empat projek yang dilaksanakan secara komersial  dengan kerjasama usahawan PPKLS.

Beliau berkata, empat  projek yang telah mencatat prestasi kewangan yang memberangsangkan ialah Projek Ternakan Ayam Daging, Projek Tanaman Fertigasi,  Projek Tanaman Hidroponik dan Projek Tanaman Sayuran yang diusahakan  secara bersama dengan usahawan PPKLS.

“Selain itu, PPKLS akan  memfokaskan lima projek dalam mempertingkatkan produktiviti pertanian dengan  mengeluarkan produk  sayuran mengunakan teknologi terkini yang akan  melibatkan lebih ramai ahli dalam projek pertanian.

“PPKLS juga berusaha untuk mengurangkan kebergantungan Labuan terhadap produk sayuran import dengan meningkatkan   hasil pasaran  ke 20 peratus  iaitu 75 peratus produk produk sayuran diimport dari tanah besar Sabah, Sarawak, Semananjung dan juga luar negara” katanya.

BARISAN AJP….. Haji Chemat (duduk tiga dari kiri) brsama barisan AJP Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan  Selatan (PPKLS) 2021-2023.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas  Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan Selatan  ke 37 yang diadakan di  Dewan Peladang Bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu dalam sesi pemilihan  Ahli Jemaah Pengarah (AJP), beliau (Haji Chemat) berjaya mempertahankan jawatan   Pengerusi PPKLS untuk sesi 2021-2023.

Manakala  enam AJP lain yang  memenangi dalam sesi pemilihan itu ialah Zakaria Said, Haji Mohamad Hassan Kapal, Awang @ Abdullah Yassin, Haji Mohd Yusof Chuchu, Haji Mat Said Harris dan Awang Damit Bakar.

Turut terpilih ialah  Norasikin Osman dan Dg Timbang Omar  mewakili AJP Peladangnita, manakala Mohd Syahrol Ezzrun Zainudin dan Mohamad Nazri Jumaien terpilih mewakili Peladangmuda.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN