ADVERTISEMENTspot_img

PPKKPS MINTA KERAJAAN NEGERI KAJI SEMULA CUKAI 7.5 % KE ATAS PEKEBUN KECIL SAWIT: MALAKIM

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
Admin: Johnny Gampawi

RANAU: Persatuan Pekebun Kecil Kelapa Sawit Bumiputera Sabah (PPKKPS) merayu kerajaan negeri Sabah untuk mengkaji semula cukai 7.5 peratus yang dikenakan kepada penanam sawit terutama pekebun kecil di negeri ini.

Pengerusinya Malakim Gapang ketika ditemui media berkata, lebih 35 ribu ahli persatuan itu khususnya  yang mengusahakan tanaman sawit dibawah 100 ekar rasa terbeban dengan cukai tersebut yang tidak wajar dikenakan kepada mereka.

Katanya, adalah tidak wajar dan adil apabila pekebun kecil dikenakan cukai sama dengan pengusaha ladang sawit yang terdiri daripada syarikat-syarikat besar dengan keluasan ladang beribu hektar.

“Kami pekebun kecil di negeri ini hanya memiliki kebun kelapa sawit lebih kurang 100 ekar malah majoriti daripada kami memiliki tanaman sawit kurang daripada 15 ekar dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Jika dibandingkan dengan negeri Sarawak dan Semananjung, pengusaha tanaman sawit di Sabah rata-ratanya dikenakan cukai 7.5 peratus berbanding Sarawak hanya 5 peratus dan Semananjung  tiada cukai dikenakan,” katanya.

Menurut Malakim lagi, jika dibandingkan dengan luas keseluruhan tanaman sawit yang diusahakan pekebun kecil di negeri ini, adalah tidak berbaloi untuk dikenakan cukai atau sama dengan cukai yang dkenakan pada syarikat-syarikat besar.

Katanya, pekebun kecil sawit di negeri ini hanya mempunyai keluasan keseluruhan 225,046 hektar manakala ladang yang diusahakan syarikat-syarikat  besar  dianggarkan 2 juta hektar.

“Mungkin kerajaan negeri terlepas pandang hal ini, justeru kami merayu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal mengkaji semula cukai yang ditetapkan agar nasib kami sebagai pekebun kecil sawit mendapat pembelaan yang sewajarnya,” ujar Malakim.

Persatuan juga meminta kerajaan negeri mempertimbangkan insentif serta bantuan kepada pekebun-pekebun sawit di Sabah sama seperti yang dinikmati pekebun getah dan koko terutama sekali nelayan yang menerima pelbagai bantuan.

Dalam masa yang sama, persatuan juga mencadangkan agar harga lantai buah kelapa sawit khususnya di Sabah dinaikkan kepada RM300 satu tan berbanding sebelum ini hanya RM250 satu tan.


MALAKIM
Pengerusi Persatuan Pekebun Kecil Kelapa Sawit Bumiputera Sabah (PPKKPS)

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN