29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPK Selatan rancang   projek pengeluaran makanan bersama agensi kerajaan

RITHUAN bersama barisan kepimpinan PPK Labuan dan ahli PPK Selatan yang hadir  pada Mesyuarat Agung Tahunan ke 39 PPK Selatan.

LABUAN: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Selatan  merancang untuk mempertingkatkan  projek pengeluaran makanan melalui kerjasama  dengan agensi kerajaan  dan swasta bagi memastikan keperluan makanan di pulau  bebas cukai ini  terjamin.

Pengerusi PPK Selatan, Haji Chemat Haji Mustapha berkata,  pihaknya telahpun  berbincang  dan menghantar kertas cadangan   kerjasama pertenakan ayam kepada Perbadanan Labuan.

“Kita berharap  kerjasama ini  dapat direalisasikan agar isu penghasilan makanan di Wilayah Persekutuan Labuan  dapat diatasi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Selatan ke 39 di Dewan  Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan di sini, pada Sabtu.

Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana harmoni itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Chemat berkata sepanjang tahun 2022 PPK Selatan  telah berjaya menghasilkan makanan melebihi 200 tan untuk keperluan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan.

Selian itu katanya, PPK Selatan juga  secara aktif terlibat dalam membantu menguruskan peruntukan kerajaan dalam mewujudkan  usahawan baru dan menaiktaraf usahawan sedia ada melalui pelbagai program seperti agriperentis, agropreneur muda, skim pemilikan jentera kecil dan tabung pembangunan usahaniaga peladang.

Sementara itu, Haji Rithuan  dalam ucapannya  menyeru ahli-ahli peladang  khususnya kawasan Selatan untuk  mengembleng idea dengan merancang strategi baru dalam pemasaran produk  berasaskan pertanian dan penternakan.

“Ini kerana aktiviti sebenigilah  yang akan dapat membantu  seseorang untuk berfikiran dengan lebih meluas seterusnya menghasilkan idea-idea yang bernas.” katanya.

Hadir sama Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan, Catherina Edward, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Wilayah Persekutuan, Haji Bongsu Haji Mohamad dan Pengurus Besar Peladang Kawasan Labuan, Syahrizam Hamid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN