34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Politik Sabah, negara perlu lebih stabil jika mahukan kemajuan

Sumbangan….Japlin menyampaian sumbangan mesin rumput dan pam penyembur racun kepada penduduk Kampung Wani Kota Belud.

0leh: Liza Din

KOTA BELUD: Negeri Sabah dan negara memerlukan kestabilan politik yang lebih kukuh bagi membolehkan program pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ketua Bersatu Bahagian Kota Belud, Datuk Japlin Akim berkata, tanpa kestabilan politik baik di peringkat daerah, negeri mahupun negara sukar bagi sesebuah kerajaan untuk melaksanakan segala perancangan untuk kebaikan rakyat.

“Seperti yang kita sedia maklum, sejak tahun 2018 negeri dan negara melalui pergolakan politik demi pergolakan politik menyebabkan tidak banyak program pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Keadaan menjadi bertambah teruk apabila kita dilanda pandemik Covid-19 malah matawang kita semakin turun sekali gus menyebabkan keadaan ekonomi sukar untuk dipulihkan berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Program Gotong-Royong Perdana di sini semalam.

Japlin berkata, rakyat pada pilihan raya akan datang perlu membuat keputusan yang terbaik dalam memilih kerajaan agar tidak lagi berlaku pergolakan politik khususnya di Sabah ini.

“Apabila pergolakan politik berlaku kita lebih menumpukan kepada masalah politik sahaja dan sewajarnya untuk lima tahun akan datang kita tumpukan pula kepada pembangunan,” ujar beliau.

Menyentuh mengenai kedudukan calon di kawasan Parlimen Kota Belud, Japlin berkata, seharusnya tidak berlaku lagi pertembungan dengan parti lain dalam GRS dan BN.

“Kita berharap selepas ini ada persepakatan dan bekerjasama, siapa yang perlu disokong kita perlu sokong bersama-sama dan tidak perlu berlawan sesama sendiri,” katanya

Dalam majlis itu Japlin turut menyampaikan sumbangan mesin rumput dan pam penyembur racun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN