28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Polis tahan 7 lelaki tempatan miliki syabu

Oleh ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Polis menahan tujuh lelaki warga tempatan dalam satu operasi  kerana memiliki dadah jenis syabu di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan  (DSP) Sammy Newton ketika mengesahkan tangkapan berkata, kesemua suspek berumur 30 hingga 40 tahun.

DSP SAMMY NEWTON…Ketua Polis Ranau

“Seramai empat orang suspek telah disiasat dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis syabu dengan jumlah rampasan dadah seberat 1.05 Gram.

“Manakala tiga orang lagi suspek telah disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana disyaki telah memasukkan dadah kedalam tubuh badan mereka.

DITAHAN…suspek yang berjaya ditahan polis

“Kesemua suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya kepada media hari ini

Katanya operasi dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD di sini bermula 10 Januari lalu sekitar daerah Ranau.

Menurut Sammy, kejayaan operasi ini merupakan usaha berpanjangan PDRM, khususnya IPD Ranau dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.

DUA lagi suspek yang ditahan polis kerana didapati memiliki dadah

Beliau juga  menasihatkan orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini terus kepada pihak polis khusunya IPD Ranau.

“Polis memberi jaminan, identiti pemberi maklumat akan  dirahsiakan,” tegas beliau.

DSP Sammy turut meminta  ibu bapa memantau pergerakan dan kegiatan anak-anak. Sekiranya timbul kecurigaan kerana perilaku tiba-tiba berubah dan disyaki ada kaitan  dengan dadah, ibu bapa diminta tampil segera membuat laporan polis.-TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN