27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Marin Labuan patahkan cubaan seludup minuman keras

PERIKSA… Dua anggota PPM ketika memeriksa salah sebuah lori yang ditahan di pecan Menumbok, pada Selasa.

LABUAN: Pasukan  Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan  berjaya mematahkan cubaan menyeludup  keluar minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah menggunakan tiga buah lori, pada Selasa.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata,  pihaknya berjaya menahan 3 lelaki tempatan yang merupakan pemandu lori berkenaan  yang  diperiksa  di Pekan Menumbok,   malam semalam.

“Hasil daripada pemeriksaan  keatas lori tersebut  yang dipercayai bergerak dari Labuan dengan menaiki feri kenderaan mendapati beberapa minuman keras tidak bercukai yang disyaki cuba di seludup ke tanah besar Sabah.” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

RAMPAS…. sebahagian daripada minuman keras yang dirampas oleh PPM Labuan di Pekan Menumbok.

Beliau berkata, nilai rampasan minuman keras termasuk tiga buah lori dianggarkan melebihi RM663,000.00 termasuk cukai.

Tangkapan dan barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam.

Saidul berkata, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus  ke talian 24 jam atau mengunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi  PPM Sabah di talian 0139391197.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN