29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan keluarkan 177 kompaun sepanjang PKP

SIDANG AKHBAR….. Supt Muhamad Farid (tengah) bersama Timbalannya, DSP Ibrahim Abd. Ghani (dua kiri) ketika bercakap pada sidang akhbar bersama pengamal media Labuan.


LABUAN: Polis di sini telah mengeluarkan 177 kompaun  atas pelbagai kesalahan  ingkar prosedur operasi standart (SOP) sejak sejak Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) dikuatkuasakan pada 13 Mac lalu.

Ketua Polis Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata daripada jumlah itu  37 keping kompaun telah dilkeluarkan  semasa  pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  21 kompaun dikeluarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan  119 kompaun dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Antara kesalahan yang dikenakan kompaun sepanjang PKP termasuklah mengingkari laragan duduk di rumah, merentas negeri, berkumpul beramai ramai,  membawa penumpang melebihi dua orang ingkar  perintah kuarantin dan juga melakukan aktiviti sukan secara berkumpulan” katanya  pada sesi siding akhbar bersama Ahli Persatuan Penggiat Media Labuan yang membuat perjumpaan mesra di pejabatnya pada Isnin.

Jelas Farid lagi, dalam tempoh  kurang sebulan  (24 Oktober -15 November ) pihaknya telah menerima sebanyak 5 kes jenayah pecah tabung masjid dan surau yang berlaku di sekitar Labuan.

Katanya antara tabung  masjid  dan surau yang menjadi mangsa dalam tempoh berkenaan ialah Surau Ar-Raudah Kg. Bukit Kuda  yang kehilangan sebanyak RM100 diikuti Masjid Nur Iman  Kampung Ganggarak  (RM600) Surau Al-Ubudiyyah Kampung Bukit Kuda (EM400),  Masjid Al-Mutakkin Perumahan OIFC Kerupang (RM1,200  dan Masjid Al Falah Kampung Bukit Kalam sebanyak RM200.

Hasil daripada kejadian itu  dua lelaki telah ditahan namun dibebaskan semula kerana tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan mereka  dengan kes kecurian tabung masjid yang dilaporkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN