RANAU: Pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengesan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan pencegahan jenayah di sekitar pekan Ranau, baru-baru ini.
Menurut kenyataan IPD Ranau, pemandu kenderaan berkenaan bertindak melarikan diri dengan memecut laju sebaik menyedari kehadiran pasukan polis di kawasan terbabit.
Susulan itu, pasukan URB IPD Ranau segera mengambil tindakan mengejar serta menjejaki arah pergerakan kenderaan berkenaan bagi tujuan pengesanan lanjut.
Kes tersebut kini berada dalam siasatan dan usaha mengesan pemandu serta kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Ranau di talian 088-875222 bagi membantu siasatan.



